Loading...
Judul : Azeez Rahim Tolak Laporan Juruaudit Bebas, TH Alami Desifit !
link : Azeez Rahim Tolak Laporan Juruaudit Bebas, TH Alami Desifit !
Azeez Rahim Tolak Laporan Juruaudit Bebas, TH Alami Desifit !
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menolak laporan juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang badan berkanun itu mengalami defisit sebanyak RM4.01 bilion, tahun lalu.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, PwC tidak mengambil kira laporan Ernst and Young dalam menilai nilai pasaran semasa aset keseluruhan TH yang merangkumi anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat usahasama dan hartanahnya.
“Apa yang diambil kira hanya laporan kewangan semata-mata,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata, pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 melanggar Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion berakhir 31 Disember 2017.
Katanya, pemberian hibah perlu memenuhi 2 syarat utama, iaitu aset TH perlu melebihi liabiliti dan ia perlu menjana keuntungan terlebih dahulu.
Bagaimanapun, Azeez berkata, laporan disahkan firma audit luar menunjukkan nilai aset TH melebihi semua liabiliti sejak 3 tahun lalu.
Katanya, nilai sebenar aset adalah nilai pasaran semasa dan bukan nilai kos pelaburan asal.
“Maka, Tabung Haji telah membayar hibah mengikut peruntukan Seksyen 22(3)(a) Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dan tidak melanggar sebarang undang-undang.”
Katanya, berdasarkan peruntukan akta itu, aset kumpulan wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti kumpulan wang, bermakna jumlah yang harus dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah harus dibayar secara serta-merta.
Sejak 2015, beliau berkata, TH menilai semua aset berdasarkan nilai pasaran semasa.
Mengenai tindakan kerajaan meletakkan TH di bawah seliaan Bank Negara, Azeez berkata: “Terserah kepada kerajaan, mereka kenalah buat yang terbaik untuk kebaikan 9 juta pendeposit Tabung Haji dan jangan politikkan isu Tabung Haji.
“Ianya sensitif kerana melibatkan agama Islam dan perasaan pendeposit yang mengharapkan wang mereka untuk menunaikan rukun ke-5 Islam,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Azeez Rahim Tolak Laporan Juruaudit Bebas, TH Alami Desifit !
Sekianlah artikel Azeez Rahim Tolak Laporan Juruaudit Bebas, TH Alami Desifit ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azeez Rahim Tolak Laporan Juruaudit Bebas, TH Alami Desifit ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/azeez-rahim-tolak-laporan-juruaudit.html
0 Response to "Azeez Rahim Tolak Laporan Juruaudit Bebas, TH Alami Desifit !"
Catat Ulasan