Loading...
Judul : Bayi Lelaki Berbalut Dan Bertali Pusat Ditemui Di Tepi Jalan Sik
link : Bayi Lelaki Berbalut Dan Bertali Pusat Ditemui Di Tepi Jalan Sik
Bayi Lelaki Berbalut Dan Bertali Pusat Ditemui Di Tepi Jalan Sik
Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdull Razak Osman berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui seorang lelaki, kira-kira pukul 8 pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan menuju ke dusun miliknya di kampung terbabit.
"Menurut pengadu, dia terdengar bunyi tangisan bayi sewaktu melalui jalan berhampiran sebuah rumah anak yatim dekat sini, lalu mencari suara itu sebelum menemui seorang bayi yang diselimuti tuala putih, di tepi jalan di situ.
"Pengadu kemudiannya menghubungi jururawat di klinik desa kampung terbabit dan selepas jururawat membuat pemeriksaan, bayi itu hantar oleh pengadu ke Hospital Sik untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Abdull Razak berkata, siasatan awal mendapati bayi seberat 2.2 kilogram itu berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan atau masalah kesihatan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan (menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi)," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Bayi Lelaki Berbalut Dan Bertali Pusat Ditemui Di Tepi Jalan Sik
Sekianlah artikel Bayi Lelaki Berbalut Dan Bertali Pusat Ditemui Di Tepi Jalan Sik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bayi Lelaki Berbalut Dan Bertali Pusat Ditemui Di Tepi Jalan Sik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/bayi-lelaki-berbalut-dan-bertali-pusat.html
0 Response to "Bayi Lelaki Berbalut Dan Bertali Pusat Ditemui Di Tepi Jalan Sik"
Catat Ulasan