Loading...
Judul : Dilema 700 Pekerja, Utusan Tak Mampu Bayar VSS Di Janjikan !
link : Dilema 700 Pekerja, Utusan Tak Mampu Bayar VSS Di Janjikan !
Dilema 700 Pekerja, Utusan Tak Mampu Bayar VSS Di Janjikan !
Pada mesyuarat pertama AJK Pemegang Amanah yang diadakan malam tadi mendakwa kemungkinan syarikat itu bermasalah untuk membayar berdasarkan kepada senario semasa.
Ini mengecewakan sebahagian besar kakitangan VSS yang tiada duit untuk menguruskan persekolahan anak-anak mereka tidak lama lagi. Tambahan pula mereka kini sudah tiada gaji lagi.
Difahamkan mesyuarat malam tadi menfokuskan makluman penjualan aset bagi menyelesaikan pembayaran VSS kepada 700 kakitanga terbabit.
Menurut sumber, setakat ini, aset berjumlah RM30 jutatelah dijual yang mana bayaran pendahuluan sebanyak RM600,000 telah diterima. Manakala RM50 juta aset sedang dalam usaha untuk dijual.
Mesyuarat itu juga memaklumkan oleh Pengurus Besar Sumber Manusia, Mohd. Nazlan Osman dan kewangan, syarikat tidak dapat membuat pembayaran pertama pada tarikh 25 Disrmber 2018 seperti yang telah dijanjikan. Pun begitu, syarikat sedang berusaha untuk membuat bayaran berkenaan dengan kadar segera.
Kata sumber itu lagi Nazlan bagaimanapun gagal memberitahu mesyuarat bila tarikh sebenar bayaran akan dibuat. Sementara itu wakil-wakil pengambil VSS membuat gesaan tegas agar pihak syarikat mencari jalan untuk menyelesaikan pekara di atas. Pihak syarikat bagaimanapun gagal memberikan jawapan yang pasti.
Mereka turut menggesa agar satu makluman rasmi dikeluarkan oleh syarikat mengenai perkara di atas. Wakil-wakil yang sama juga menggesa agar mesyuarat seterusnya turut membincangkan dan membuat keputusan mengenai segala perkara berkaitan VSS.
Justeru, pihak kerajaan diharap dapat membantu sebahagian besar kakitangan VSS ini. Mereka hanya menjalankan tugas dan tidak wajar menjadi mangsa dalam kemelut yang melanda. Sesuatu perlu dilakukan demi masa depan mereka hendaknya. #PDO
Demikianlah Artikel Dilema 700 Pekerja, Utusan Tak Mampu Bayar VSS Di Janjikan !
Sekianlah artikel Dilema 700 Pekerja, Utusan Tak Mampu Bayar VSS Di Janjikan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dilema 700 Pekerja, Utusan Tak Mampu Bayar VSS Di Janjikan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/dilema-700-pekerja-utusan-tak-mampu.html
0 Response to "Dilema 700 Pekerja, Utusan Tak Mampu Bayar VSS Di Janjikan !"
Catat Ulasan