Loading...

BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands !

Loading...
BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands !
link : BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands !

Baca juga


BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands !


KUALA LIPIS - Barisan Nasional (BN) Pahang sudah memulakan gerak kerja awalan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Cameron Highlands, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata tindakan itu bermula selepas dimaklumkan bahawa calon BN Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Datuk C. Sivarraajh tidak akan mengemukakan rayuan kepada keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan beliau. 

Katanya, tempoh untuk Sivarraajh mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah pada 30 Nov lepas juga tamat semalam, dan BN Pahang menghormati keputusan MIC untuk menyerahkan semula kepada rakyat dengan mengadakan PRK. 

"Kita serah balik dan yakin mereka (rakyat) akan membuat keputusan yang bijak dalam menilai siapa yang harus mereka pilih sebagai Anggota Parlimen. Ini (PRK) adalah cara yang terbaik...biar rakyat pilih. 

"Insya-Allah peluang (untuk BN menang) ada," katanya kepada pemberita selepas Menyampaikan Watikah Pelantikan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi Daerah Lipis, Raub dan Jerantut kepada 542 orang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini. 




Wan Rosdy, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, juga tidak menolak kemungkinan besar Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC akan dicalonkan semula bagi mewakili BN pada PRK itu. 

DUN Jelai terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands. 

"...bagaimanapun keputusan muktamad terserah kepada pimpinan MIC. Setakat ini, BN Pahang tiada mengemukakan senarai nama (sebagai pertimbangan calon). 

"Rakyat Cameron Highlands sudah mengenali Sivarraajh kerana tiga bulan selepas dilantik sebagai Anggota Parlimen, banyak perkara yang dilakukan beliau selain kerap turun ke Jelai dan Tanah Rata untuk membantu penduduk di situ," katanya. 

Pada 30 Nov lepas, Hakim Datuk Azizah Nawawi memerintahkan PRK diadakan bagi kerusi Parlimen itu, selepas mengisytiharkan kemenangan Sivarraajh yang juga Naib Pengerusi MIC sebagai tidak sah dan terbatal akibat wujud amalan rasuah. 

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan empat calon lain termasuk calon DAP M. Manogran yang memperoleh 9,710 undi.

Sementara itu, dalam ucapannya Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang berkata pimpinan dan anggota UMNO negeri ini bekerja dalam satu semangat setiakawan yang cukup tinggi, agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku. #sumber


Demikianlah Artikel BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands !

Sekianlah artikel BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/bn-pahang-mula-gerak-kerja-hadapi-prk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands !"

Catat Ulasan

Loading...