Loading...

Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah

Loading...
Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah
link : Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah

Baca juga


Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah


KUALA LUMPUR: Exco Pemuda UMNO yang juga blogger terkenal, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan nama Papagomo, menggesa Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur sebagai jalan terbaik bagi mengelakkan parti itu daripada terus berpecah belah.

Wan Muhammad Azri berkata, meskipun dia sendiri rapat dengan Ahmad Zahid dan secara peribadi kagum dengan perjuangan beliau namun demi masa depan parti, Presiden UMNO itu perlu berundur.

“Undurlah Datuk Seri Zahid Hamidi, Kalau Ahli Parlimen UMNO pun gagal ditangani, bagaimana pula dengan Ketua Bahagian yang dilaporkan setakat ini sudah 120 lebih berpakat mahu Presiden berehat.

“Jalan terbaik untuk UMNO hari ini adalah dengan Presiden berehat secara sukarela kerana jika tidak, ia pasti akan memecahbelahkan parti dengan desakan pengunduran dari Ketua Bahagian yang bakal dibuat kelak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Wan Muhammad Azri, kemelut merebut Ahli Parlimen UMNO antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim kini semakin memuncak dan masing-masing mahukan mereka (Ahli Parlimen UMNO) untuk kekal berkuasa.

Katanya, politik adalah kuasa dan ia jelas dibuktikan betapa bernilainya Ahli Parlimen UMNO hinggakan menjadi rebutan antara dua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) itu.

“Dalam hal ini, Ahmad Zaid dilihat gagal mengukuhkan parti sejak dipilih perwakilan sehingga ke hari ini.

“Presiden menjelajah turun ke negeri-negeri bukan untuk mengukuhkan parti sebaliknya hanya untuk jadikan institusi UMNO sebagai perisai semata-mata,” katanya.

Tambah Wan Muhammad Azri lagi, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008, Anwar giat berkempen untuk ‘merebut’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) namun Datuk Seri Najib Razak ketika itu begitu ligat mengepung mereka hingga tiada seorang pun yang berjaya dicuri pihak pembangkang.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dan DAP keluar daripada Bebas dan menyokong BN hingga membolehkan Perak berjaya dirampas kembali.

Kata Wan Muhammad Azri, situasi itu lebih kurang sama dengan apa yang dihadapi Ahmad Zahid ketika ini tetapi beliau gagal ‘mengepung’ Ahli Parlimen UMNO hingga ramai yang keluar dan akan ada lagi yang turut sama berbuat demikian.

“Mereka dikhabarkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) namun jangan meletakkan perbezaan antara ketika menjadi kerajaan dan sebagai pembangkang kerana perkara utama adalah kepimpinan presiden itu sendiri yang gagal bertindak dengan sepatutnya.

“Dalam hal ini, presiden sendiri harus ada rasa tanggungjawab kerana kepentingan parti adalah mengatasi segala-galanya. Jadi, undurlah Datuk Seri,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah

Sekianlah artikel Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/papagomo-gesa-zahid-undur-bagi-elak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak UMNO Terus Berpecah"

Catat Ulasan

Loading...