Loading...
Judul : C.Sivarraajh Tidak Layak Bertanding PRK Cameron Highlands !
link : C.Sivarraajh Tidak Layak Bertanding PRK Cameron Highlands !
C.Sivarraajh Tidak Layak Bertanding PRK Cameron Highlands !
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, Sivarraajh tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya dalam tempoh lima tahun bermula 13 Disember ini.
Jelasnya, beliau juga tidak boleh dipilih dalam mana-mana pilihan raya dalam tempoh tersebut.
"Keputusan itu dibuat setelah mengkaji keseluruhan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bertarikh 30 November lalu dan Perakuan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 36 (2)(a).
"Selain itu, SPR juga telah mengkaji Laporan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 37 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) bertarikh 13 Disember lalu serta pandangan Undang-Undang mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azhar berkata, SPR akan mengambil langkah-langkah sewajarnya seperti yang diperuntukkan di bawah akta dan peraturan berkaitan pilihan raya sedia ada.
Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terbatal dan tidak sah ekoran berlakunya amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Pada PRU-14, Sivarraajh yang juga merupakan menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang melibatkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.
Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dari PKR yang memperoleh 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd. Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (680 undi). #sumber
Demikianlah Artikel C.Sivarraajh Tidak Layak Bertanding PRK Cameron Highlands !
Sekianlah artikel C.Sivarraajh Tidak Layak Bertanding PRK Cameron Highlands ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel C.Sivarraajh Tidak Layak Bertanding PRK Cameron Highlands ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/csivarraajh-tidak-layak-bertanding-prk.html
0 Response to "C.Sivarraajh Tidak Layak Bertanding PRK Cameron Highlands !"
Catat Ulasan