Loading...
Judul : Juruelektrik Di Dakwa Khianat Lastik Biji Guli Ke Arah Kereta !
link : Juruelektrik Di Dakwa Khianat Lastik Biji Guli Ke Arah Kereta !
Juruelektrik Di Dakwa Khianat Lastik Biji Guli Ke Arah Kereta !
KUANTAN - Seorang juruelektrik dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan melakukan khianat dengan melastik guli ke arah kereta sekitar Kuantan pada Ogos dan pertengahan bulan ini.
Di hadapan Majistret Nor Azizah Aling, tertuduh Mohd Kamal Jamaluddin, 54, yang beralamat di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, dengan tenang mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan ke atasnya.
Dia yang bertubuh tinggi lampai itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan menggunakan guli kaca pada waktu petang dan malam antara 15 dan 18 Disember lalu di Jalan Kampung Tengah dan Jalan Kampung Baru Seri Teruntum di sini.
Perbuatan tertuduh didakwa menyebabkan tiga pemilik kereta kerugian RM950 selepas cermin kereta mereka pecah apabila guli tersebut mengenai cermin sisi atau cermin belakang kereta mereka.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. #sumber
Demikianlah Artikel Juruelektrik Di Dakwa Khianat Lastik Biji Guli Ke Arah Kereta !
Sekianlah artikel Juruelektrik Di Dakwa Khianat Lastik Biji Guli Ke Arah Kereta ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Juruelektrik Di Dakwa Khianat Lastik Biji Guli Ke Arah Kereta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/juruelektrik-di-dakwa-khianat-lastik.html

0 Response to "Juruelektrik Di Dakwa Khianat Lastik Biji Guli Ke Arah Kereta !"
Catat Ulasan