Loading...
Judul : Dakwaan Azmin, 20 Ahli Sertai Bersatu Adalah Tindakan Jahat !
link : Dakwaan Azmin, 20 Ahli Sertai Bersatu Adalah Tindakan Jahat !
Dakwaan Azmin, 20 Ahli Sertai Bersatu Adalah Tindakan Jahat !
SHAH ALAM - Khabar angin mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 20 ahli akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tindakan jahat untuk memburukan imej Mohamed Azmin.
Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha berkata, kesetiaan Mohamed Azmin kepada idealisme perjuangan parti telah terbukti dan sentiasa menjadi inspirasi semenjak beliau bersama parti sejak 1998.
Katanya, isu lompat parti itu adalah perkara yang tidak masuk akal.
"Ini merupakan suatu perkara yang tidak mempunyai asas dan hanya satu tuduhan jahat yang bermatlamat untuk memecah-belahkan semangat kekeluargaan dalam keadilan (PKR).
"Selain itu, ia turut mempunyai motif jelik bertujuan untuk memburukkan imej Mohamed Azmin sebagai Timbalan Presiden parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas spekulasi di media sosial yang menyatakan Mohamed Azmin bersama 20 orang Ahli Parlimen akan keluar PKR menyertai Bersatu.
Jelas Haniza yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar memberitahu, Mohamed Azmin telah menunjukkan gandingan mantap bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pemilihan parti sebelum ini.
"Justeru, semua anggota parti digesa terus merapatkan saf dan meneruskan gerak kerja serta menolak politik fitnah seperti itu.
"Sebagai parti terbesar di dalam Pakatan Harapan, PKR akan terus mara mengisi kemenangan," tegasnya. #sumber
Demikianlah Artikel Dakwaan Azmin, 20 Ahli Sertai Bersatu Adalah Tindakan Jahat !
Sekianlah artikel Dakwaan Azmin, 20 Ahli Sertai Bersatu Adalah Tindakan Jahat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Azmin, 20 Ahli Sertai Bersatu Adalah Tindakan Jahat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/dakwaan-azmin-20-ahli-sertai-bersatu.html

0 Response to "Dakwaan Azmin, 20 Ahli Sertai Bersatu Adalah Tindakan Jahat !"
Catat Ulasan