Loading...

Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun !

Loading...
Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun !
link : Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun !

Baca juga


Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun !


KAMPAR - Seorang pelajar lelaki berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol rakannya tahun lalu. 

Tertuduh yang berusia 17 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara tertutup di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan tanpa rela dengan mangsa yang juga berusia 17 tahun di kawasan Air Terjun Batu Berangkai di sini pada pukul 8 pagi 24 Ogos 2017. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Norashikin Hassan manakala tertuduh diwakili peguam bela, Sukhdave Singh. 

Siti Norashikin menawarkan RM5,000 dengan seorang penjamin sebagai wang jaminan terhadap tertuduh. 

Terdahulu, Sukhdave Singh dalam rayuan terhadap anak guamnya memohon mahkamah meringankan wang jaminan tersebut memandangkan ibu bapanya hanya bekerja sebagai buruh. 

Nur Faizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin. 

Mahkamah menetapkan 14 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. #sumber


Demikianlah Artikel Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun !

Sekianlah artikel Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/pelajar-rogol-rakan-berhadapan-hukuman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelajar Rogol Rakan, Berhadapan Hukuman Penjara 20 Tahun !"

Catat Ulasan

Loading...