Loading...
Judul : Dua Orang Bapa Dijel Dan Disebat Rogol Anak Kandung Sendiri
link : Dua Orang Bapa Dijel Dan Disebat Rogol Anak Kandung Sendiri
Dua Orang Bapa Dijel Dan Disebat Rogol Anak Kandung Sendiri
Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua tertuduh yang berusia 35 dan 39 tahun itu selepas mereka membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh pertama berusia 35 tahun itu yang juga bekerja sebagai tukang kasut didapati bersalah terhadap dua pertuduhan.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didapati telah merogol anak perempuan sulungnya yang berumur 12 tahun yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama atau adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.
Tindakan itu telah dilakukannya kira-kira pukul 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Pulau Sebang masing-masing pada 4 dan 5 November 2018.
Sementara itu, tertuduh kedua yang berusia 39 tahun itu pula didapati telah merogol anak perempuan berusia 18 tahun kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah rumah di Pulau Sebang pada Julai 2018.
Bagi kesalahan itu kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Wai Yai manakala hanya tertuduh kedua diwakili Peguam Muhammad Azizi Mahat.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman masing-masing penjara 15 tahun dan 10 sebatan serta 20 tahun dan 10 sebatan terhadap tertuduh pertama, namun mengarahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap iaitu 24 Disember 2018.
Bagi tertuduh berusia 39 tahun itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 tahun dari tarikh ditangkap pada 21 Disember 2018. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Orang Bapa Dijel Dan Disebat Rogol Anak Kandung Sendiri
Sekianlah artikel Dua Orang Bapa Dijel Dan Disebat Rogol Anak Kandung Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Orang Bapa Dijel Dan Disebat Rogol Anak Kandung Sendiri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/dua-orang-bapa-dijel-dan-disebat-rogol.html

0 Response to "Dua Orang Bapa Dijel Dan Disebat Rogol Anak Kandung Sendiri"
Catat Ulasan