Dalam kejadian pukul 12.05 tengah hari itu, Abdul Karim Mohd. Alias, 67, turut mengalami luka di bahu kanan serta bawah dagu selepas diserang suspek berusia 53 tahun.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang beratur di kaunter pembayaran di premis kedai runcit berkenaan.
"Suspek mahu memotong barisan dan merempuh mangsa. Selepas dirempuh, mangsa terjatuh dan menegur suspek supaya bersabar.
"Akibat daripada teguran itu, suspek terus mencederakan mangsa menggunakan senjata tajam di bahagian leher sebelum melarikan diri," kata beliau.
Ujar beliau lagi, mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Pekan dekat sini untuk diberikan rawatan dan kini dilaporkan stabil.
Tambah beliau lagi, polis turut berjaya menahan suspek di belakang premis Bank Islam yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
"Semasa ditahan, suspek memegang sebilah pisau.    Suspek mempunyai rekod perubatan berkaitan masalah mental dan kerap dilihat berkeliaran di sekitar Pekan.
"Siasatan awal mendapati pisau itu diambil dari kedai tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," tambahnya. #sumber