Loading...

Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya

Loading...
Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya
link : Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya

Baca juga


Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya


KOTA BHARU - Benar kata orang, cinta itu cukup luar biasa yang tidak mengenal rupa, pangkat mahupun usia.

Sebalik kemanisan cinta itu, Raduan Yaakob, 50, boleh dikatakan cukup bertuah apabila berjaya menawan hati seorang gadis, Nor Fatim Aisyah Mohd. Noor yang jauh lebih muda sebagai peneman hidup.

Malah pesara kerajaan itu juga sama sekali tidak menyangka akan menamatkan zaman dudanya apabila bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 20 tahun itu pada 29 Disember depan.

Majlis perkahwinan antara duda anak empat itu dengan Nor Fatim Aisyah akan diadakan di rumah gadis itu di Kampung Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh.


Menyingkap kembali kisah cinta mereka yang dari kampung sama, Raduan berkata, dia mengenali bakal isterinya itu sejak setahun lalu apabila wanita tersebut berkerja dengannya.

“Saya mengusahakan perniagaan katering di sekitar Pahang dan Kelantan. Nor Fatim pada masa itu baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Pertama kali bertentang mata, saya mula jatuh cinta dan tidak sangka saya tidak bertepuk sebelah tangan apabila Fatim juga mempunyai perasaan sama meskipun usia kami berbeza 30 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, dia ada bergurau dengan ibu bapa Fatim untuk melamar gadis itu.

“Tidak sangka semuanya menjadi sempurna apabila perjalanan cinta kami bakal dinoktahkan dengan perkahwinan. Saya meminang Fatim pada bulan Jun lalu selepas berkenalan lebih  setahun,” katanya. 

Tambah Raduan, dia bersyukur apabila keempat-empat anaknya menerima Nor Fatim sebagai ibu tiri mereka meskipun bakal isterinya itu masih muda.

Sementara itu, Nor Fatim berkata, dia memilih Raduan sebagai suaminya kerana sifat penyayang, tanggungjawab serta matangnya.

“Dia betul-betul amat menyayangi saya. Saya amat bersyukur ditemukan jodoh dengan Raduan. Perkahwinan ini terjadi adalah takdir Allah, jika Allah tidak mengizinkan ia terjadi maka ia tidak akan terjadi. 

 "Saya berharap perkahwinan kami akan bahagia sehingga ke jannah dan keputusan untuk menjadi isterinya adalah dari hati  yang ikhlas, " katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya

Sekianlah artikel Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/gadis-20-tahun-bakal-nikahi-duda-30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gadis 20 Tahun Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua Darinya"

Catat Ulasan

Loading...