Loading...

Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa !

Loading...
Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa !
link : Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa !

Baca juga


Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa !


PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi peringatan tegas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara agar tidak menyalahgunakan kuasa termasuk melewatkan urusan pemprosesan permohonan memandangkan ia adalah permulaan rasuah dalam kerajaan.

Perdana Menteri berkata, sekiranya amalan itu tidak dibendung, ia akan berkembang hingga seluruh pentadbiran terlibat dalam gejala rasuah sekali gus menyebabkan pembangunan negara tidak dapat dilakukan seperti yang diharapkan oleh rakyat.

"Kuasa yang diberikan kepada kita bukan untuk kegunaan kita sendiri tetapi untuk menjayakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

"Kalau kita salah guna kuasa, sudah tentu masyarakat akan menerima beban yang amat berat. Segala kos akan meningkat kerana tiap perkara yang hendak dilakukan memerlukan belanja lebih untuk menyuap mulut yang terbuka-buka kerana mereka ingin dapat sesuatu bagi diri sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian program Konvesyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Konvesyen bertemakan 'Bandar Kita Milik Kita' itu julung kali diadakan bagi memperkukuh peranan PBT selaras dengan hala tuju kerajaan selain memberikan peluang kepada ahli majlis untuk bertukar pandangan serta menyumbang idea ke arah menjadikan perkhidmatan PBT lebih dinamik.

Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin serta timbalannya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. #sumber


Demikianlah Artikel Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa !

Sekianlah artikel Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/tun-mahathir-ingatkan-pbt-agar-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Mahathir Ingatkan PBT Agar Tidak Salah Gunakan Kuasa !"

Catat Ulasan

Loading...