Loading...
Judul : Gajah Mati Lemas Tersangkut, Gara-Gara Gagal Panjat Pagar !
link : Gajah Mati Lemas Tersangkut, Gara-Gara Gagal Panjat Pagar !
Gajah Mati Lemas Tersangkut, Gara-Gara Gagal Panjat Pagar !
TAMAN NEGARA NAGARHOLE, India - Seekor gajah ditemui mati tersangkut pada satu pagar besar dalam perjalanan pulang ke Taman Negara Nagarhole selepas menceroboh masuk ke sebuah ladang berhampiran.
Media tempatan melaporkan haiwan terancam itu sudah mati ketika ditemui orang ramai. Gajah itu dipercayai berjaya memanjat pagar itu untuk masuk ke ladang tersebut tetapi gagal memanjat keluar selepas kenyang makan.
Pengarah taman negara tersebut mendakwa gajah berusia 42 tahun itu mati lemas selepas paru-parunya terhimpit pada bahagian atas pagar sehingga tidak boleh bernafas.
Pagar sepanjang 32 kilometer itu dibina kerajaan bagi menghalang haiwan liar menceroboh masuk ke ladang petani berhampiran tetapi pejuang alam sekitar sebelum ini telah memberi amaran reka bentuk pagar tersebut boleh menyebabkan kematian gajah.
Seorang pegawai hutan bersara, H.C. Kantharaju memberitahu pemberita bahawa pagar itu telah mengurangkan kerosakan tanaman petani tetapi ketinggiannya mungkin boleh ditambah bagi mengelakkan gajah cuba memanjatnya kelak. #sumber
Demikianlah Artikel Gajah Mati Lemas Tersangkut, Gara-Gara Gagal Panjat Pagar !
Sekianlah artikel Gajah Mati Lemas Tersangkut, Gara-Gara Gagal Panjat Pagar ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gajah Mati Lemas Tersangkut, Gara-Gara Gagal Panjat Pagar ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/gajah-mati-lemas-tersangkut-gara-gara.html
0 Response to "Gajah Mati Lemas Tersangkut, Gara-Gara Gagal Panjat Pagar !"
Catat Ulasan