Loading...

RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya !

Loading...
RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya !
link : RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya !

Baca juga


RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya !


KUANTAN: Isu lompat parti yang menjadi bualan selama ini, dilihat semakin menjadi-jadi sejak Pakatan Harapan (PH) mengambilalih tampuk kekuasaan kerajaan usat dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Berbagai alasan dan dakwaan yang diberikan oleh pemimpin yang mahu menghalalkan tindakan mereka melompat parti. Bermula dari seorang dua, kita dikejutkan dengan lumpuhnya UMNO Sabah apabila majoriti pimpinan baik di peringkat negeri dan bahagian bertindak keluar parti keramat itu baru-baru ini.

Mengulas lanjut tentang senario itu, Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shuriohd Ramli (foto) menyarankan satu Rang Undang-Undang (RUU) lompat parti diperkenalkan untuk membolehkan mana-mana Ahli Parlimen (MP) yang lompat parti, maka kemenangannya dalam mana-mana pilhanraya secara automatik terbatal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengadakan pilihan raya baharu dalam tempoh 60 hari.

"Saya melihat isu lompat parti ini tidak sihat untuk rakyat. Mereka memilih dan mengangkat seseorang pemimpin itu bukan berdasarkan kepada individu terbabit, sebaliknya kerana agenda yang mereka perjuangkan bersama parti yang diwakiliya. Tidak wajar kita membiarkan rakyat teraniaya dengan isu sebegini", kata Shukri.

Maka, menurut beliau lagi pemimpin yang dipilih sebaai wakil rakyat sepatutnya faham bahawa mereka dipilih oleh rakyat bukan menang atas kapasiti peribadi mereka sendiri

"Jika trend lompat parti terus dibiarkan tanpa ada undang-undang yang menghalang hari ini, maka saya gusar lama kelamaan generasi muda tidak mahu terlibat lagi dengan pilihanraya kerana mereka lihat undi mereka telah dipermainkan sesuka hati oleh pelompat parti", tambah beliau lagi

Justeru katanya, bagi membendung fenomena ini dari terus berlaku tindakan undang-undang boleh diambil termasuk membatalkan kemenangan calon terbabit dan satu pilihanraya baru perlu diadakan segera.

Jika pemimpin itu hebat dan tindakannya mendapat sokongan rakyat sudah pasti dia akan menang dengan mewakili parti baru yang mereka setai. Jika sebaliknya, ia memberi makna bahawa rakyat yang  memilih beliau sebelum ini tidak bersetuju dengan  tindakan lompat parti yang dilakuka. Inilah baru adil namanya, kata Shukri.

Pada masa ini, penyokong hanya meminta pemimpin terbabit meletakkan jawatan secara sukarela dan ia mungkin tidak akan berlaku kerana nilai lompat arti itu berharga bilaia membawa sekali kerusi Parlimen atau DUN yang diwakili mereka. Sebab itu satu undang-undang perlu diperkenalkan bagi membendung perkara ini sebenarya. #PDO


Demikianlah Artikel RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya !

Sekianlah artikel RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/ruu-lompat-parti-perlu-diperkenalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RUU Lompat Parti Perlu Diperkenalkan, Elak Rakyat Teraniaya !"

Catat Ulasan

Loading...