Loading...

Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat !

Loading...
Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat !
link : Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat !

Baca juga


Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat !


KUALA LUMPUR: Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka, kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Justeru beliau berkata, undang-undang anti-lompat parti perlu diwujudkan bagi mengekalkan integriti dan moral wakil rakyat yang dipilih.

“Kita ingin melihat wakil rakyat benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat, kawasan dan negara. Sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) merealisasikan hasrat rakyat dengan membawa akta ini ke Dewan Rakyat.

“Jika tidak, perbuatan lompat parti ini menjadi trend, seolah-olah mereka yang kalah pada pilihan raya boleh menyertai parti yang menang, seperti mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain,” katanya ketika menjadi tetamu program temubual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, malam tadi.

Beliau yang baru dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata, dirinya akan setia bersama parti itu dan terus berjuang untuk membantu mengukuhkan kembali Umno dengan nafas baru.

Cadangan bagi menggubal akta antil-lompat parti sebelum ini disuarakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, turut senada dengannya adalah Senator Datuk Lee Tian Sing yang menggesa kerajaan menggubal akta berkenaan bagi memastikan kesetiaan dan integriti wakil rakyat kepada pengundi mereka.

Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Asia Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Faisal S Hazis berkata, isu keluar parti secara beramai-ramai bukan perkara baru kerana wujudnya permainan politik penaungan dan menjadi lumrah dalam proses peralihan kuasa.

Malaysia perlu mempunyai undang-undang bagi mendisplinkan ahli politik negara, namun ia perlu mengambil kira Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. #sumber


Demikianlah Artikel Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat !

Sekianlah artikel Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/bung-moktar-lompat-parti-kelirukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bung Moktar: Lompat Parti Kelirukan Pengundi, Perlu Di Sekat !"

Catat Ulasan

Loading...