Loading...
Judul : Konstabel Polis Di Dakwa Lakukan Kes Rompakan Bersenjata !
link : Konstabel Polis Di Dakwa Lakukan Kes Rompakan Bersenjata !
Konstabel Polis Di Dakwa Lakukan Kes Rompakan Bersenjata !
JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjata tajam ke atas seorang lelaki hujung bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Zaim Md. Thani, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.
Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Zaim yang berpangkat konstabel itu didakwa bersama tiga lagi suspek yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun dan mengambil seutas rantai emas serta dua buah telefon pintar mangsa.
Dalam rompakan itu juga, lelaki tersebut turut dituduh menggunakan senjata tajam iaitu dua bilah pedang ke atas mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai snooker di Teluk Kerang, Pontian dekat sini pada pukul 5 pagi, 24 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebat jika sabit kesalahan. #sumber
Demikianlah Artikel Konstabel Polis Di Dakwa Lakukan Kes Rompakan Bersenjata !
Sekianlah artikel Konstabel Polis Di Dakwa Lakukan Kes Rompakan Bersenjata ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Konstabel Polis Di Dakwa Lakukan Kes Rompakan Bersenjata ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/konstabel-polis-di-dakwa-lakukan-kes.html

0 Response to "Konstabel Polis Di Dakwa Lakukan Kes Rompakan Bersenjata !"
Catat Ulasan