Loading...

Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan

Loading...
Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan
link : Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan

Baca juga


Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan


KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar mengkritik sikap Lynas Malaysia yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang apabila diarahkan kerajaan membuang sisa buangan syarikat itu atau berdepan risiko kehilangan pembaharuan permit untuk beroperasi pada September 2019.

Yeo Bee Yin (foto) sewaktu ditemui di Parlimen berharap syarikat nadir bumi itu memenuhi janjinya untuk menghapuskan sisa buangan dari Malaysia, yang kini merangkumi lebih 450,000 tan metrik sisa buangan Water Leached Purification Residue (WLP).

“Atas sebab apa yang membolehkan mereka mahu saman kita. Kita bukannya salah guna kuasa yang ada. Jika kita disaman hanya kerana kita melaksanakan undang-undang untuk melindungi kepentingan rakyat, maka kita bersedia untuk semuanya.

“Saya baru sahaja bercakap dengan peguam negara pada pagi ini, kita sedia untuk semuanya kerana semua yang kita lakukan adalah mengikut landasan peruntukan undang-undang. Lynas tidak boleh datang dan ajar kita bagaimana undang-undang negara diaplikasikan,” katanya.

Yeo berkata, pemindahan sisa syarikat itu perlu dilakukan selepas terdapat laporan menyatakan WLP yang selama ini tidak dibangkitkan Lynas, terbongkar dalam laporan terperinci Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

“Tidak ada penyelesaian jangka pendek untuk perkara ini, buat masa ini. Apa yang akan berlaku sekiranya terdapat banjir besar di kawasan berkenaan. Siapakah yang akan memberi jaminan berhubung keselamatan rakyat di kawasan berhampiran.

“Lynas sudah menyatakan komitmen mereka dalam surat Lynas Corp Ltd dari Australia dan Lynas (Malaysia) Sdn Bhd untuk membuang sisa dari syarikat berkenaan jika perlu. Ia adalah sisa terkumpul.

“Mereka (Lynas) boleh terus mencari jalan penyelesaian untuk menghapuskan sisa berkenaan tetapi pada masa yang sama, sila selesaikan masalah sisa ini atau akan membawa risiko yang lebih tinggi kepada masyarakat sekitar,” katanya.

Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi LAMP dalam laporannya setebal 203 muka surat dikeluarkan sebelum ini mencadangkan Lynas menyediakan kemudahan pelupusan kekal (PDF) untuk menguruskan 2 jenis sisa buangan utama iaitu WLP dan Neutralization Underflow Residue (NUF) dengan segera.

Laporan tersebut menyatakan, kerja saringan tapak pembinaan PDF perlu dibuat sebelum lesen diperbaharui dan jika Lynas gagal mengenal pasti lokasi sesuai atau mendapat kelulusan pihak berkuasa, ia perlu mengeluarkan sisa buangannya dari Malaysia.

Semalam, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa Lynas Malaysia berhenti “membuli” penduduk setempat, susulan laporan pengurusan sisa buangan syarikat nadir bumi itu yang dikeluarkan semalam. #sumber


Demikianlah Artikel Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan

Sekianlah artikel Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/putrajaya-kritik-tindakan-lynas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Putrajaya Kritik Tindakan Lynas Malaysia Mahu Saman Kerajaan"

Catat Ulasan

Loading...