Loading...

Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan !

Loading...
Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan !
link : Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan !

Baca juga


Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan !


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mengaku  tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan mendapatkan suapan berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dua tahun lalu.

Najib, 65, dan Arul Kanda, 41, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan berasingan masing-masing di hadapan Hakim Azura Alwi dan Hakim Rozina Ayob. 

Di hadapan Azura, Najib didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan mengarahkan laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamatkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut  Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. 

Sementara di hadapan Rozina, Arul Kanda didakwa telah bersubahat dengan Najib untuk mendapatkan suapan berhubung kesalahan sama pada tempat dan tarikh yang sama. 

Pertuduhan bagi Arul Kanda dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) akta SPRM di baca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) yang memperuntukkan hukuman yang sama. 

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM500,000 menetapkan 4 Januari 2019 untuk sebutan semula kes. 

Dalam prosiding semalam pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ahmad Akram Gharib.

Najib dan Arul Kanda masing-masing diwakili peguam Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk N.Sivananthan. #sumber


Demikianlah Artikel Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan !

Sekianlah artikel Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/najib-arul-kanda-mengaku-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib, Arul Kanda Mengaku Tidak Berrsalah Dapatkan Suapan !"

Catat Ulasan

Loading...