Loading...

UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti !

Loading...
UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti !
link : UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti !

Baca juga


UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti !


KOTA KINABALU - UMNO Sabah lumpuh selepas hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti hari ini.

Dalam sidang akhbar di sini, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, berkata semua ketua bahagian kecuali Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan turut mengumumkan keluar parti.

Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima ahli Parlimen, sembilan ADUN dan dua senator, kata Hajiji yang juga Ketua UMNO Tuaran.

Lima ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd. Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat), katanya.

Menurut Hajiji selain beliau, lapan lagi ADUN ialah Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Musbah Jameh(Tempasuk), Datuk Gulam Haidar Khan (Kawang), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Datuk Nizam Titingan (Apas).

Katanya, buat masa ini kesemua wakil rakyat terbabit akan menjadi wakil Bebas.

Menurut Hajiji, dua senator UMNO yang keluar parti ialah Datuk Ghani Yassin dan Datuk John Ambrose.

Turut mengumumkan keluar parti ialah bekas Bendahari UMNO yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang merupakan Ketua Bahagian Kota Belud.

UMNO bahagian yang kehilangan ketuanya termasuk yang memangku ialah Kudat, Kota Marudu, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Kimanis (memangku), Beaufort, Sipitang, Keningau, Beluran, Sandakan, Batu Sapi, Silam, Semporna, Tawau, Libaran, Putatan dan Ranau.

Menurut Hajiji baki empat lagi bahagian iaitu Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan belum menyatakan pendirian mereka.

Tindakan keluar parti itu turut melibatkan ketua Puteri semua UMNO bahagian  sementara Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Jainab Ahmad berkata pemimpin sayap tersebut belum membuat keputusan.

Dalam satu kenyataan di sini, Jainab berkata, Wanita UMNO memerlukan tempoh bertenang sebelum tindakan seterusnya diambil, termasuk  memberi penerangan kepada pemimpin Wanita peringkat bahagian. #sumber


Demikianlah Artikel UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti !

Sekianlah artikel UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/umno-sabah-lumpuh-semua-ajk-perhubungan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UMNO Sabah Lumpuh, Semua AJK Perhubungan Keluar Parti !"

Catat Ulasan

Loading...