Loading...

Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus !

Loading...
Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus !
link : Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus !

Baca juga


Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus !


KUALA LUMPUR - Selepas hampir lima dekad, mahasiswa kini selangkah lagi untuk mencapai kebebasan melibatkan diri dalam politik di kampus masing-masing selepas pindaan terhadap tiga akta berkaitan, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU), diluluskan Dewan Rakyat malam ini.

Selain AUKU, dua lagi ialah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Kesemua akta bertujuan menamatkan larangan ke atas penuntut institusi pengajian tinggi untuk terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bagi ketiga-tiga akta.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang AUKU (Pindaan) 2018 bagi meminda akta AUKU, Maszlee menarik perhatian bahawa pindaan itu adalah langkah awal memansuhkan AUKU secara keseluruhan yang dijangka dapat direalisasikan pada tahun 2020.

"Kalau kita lihat pindaan pada malam ini walaupun hanya satu seksyen tetapi ia amat signifikan kerana ia akan hapuskan budaya 'siege mentality' dan 'culture of fear' yang selama ini membelenggu mahasiswa.

"Pindaan pada malam ini akan beri satu isyarat jelas kepada mahasiswa bahawa mereka telah dilepaskan daripada rantai yang membelenggu mereka, kini kebebasan jadi milik mereka," katanya menegaskan bahawa kebebasan itu bagaimanapun datang dengan kebertanggunjawaban dan akauntabiliti.

Tegasnya, ia bukan sesuatu berbentuk anarkisme, sehingga mereka bebas daripada undang-undang.

"Di universiti sendiri mereka ada undang-undang dan peraturan, begitu juga mahasiswa terikat undang-undang di luar universiti sendiri," katanya.

Mengenai kerisauan beberapa Anggota Parlimen bahawa kebebasan berpolitik ini akan menjejaskan pencapaian akademik mahasiswa, Maszlee berkata, beliau akan memastikan ekosistem yang holistik dapat diwujudkan di universiti supaya ia menjadi medan intelektual.

Beliau menarik perhatian dengan berkata, dengan kelulusan malam ini para mahasiswa bebas menjalankan aktiviti parti politik, antara lain menjemput wakil politik ke dalam kampus serta menubuhkan kelab parti politik, namun ia tertakluk kebenaran naib canselor masing-masing.

"Bagaimanapun, saya yakin bagi naib canselor dan pentadbir universiti berdasarkan semangat Malaysia baharu, mereka akan pertimbangkannya dan tidak akan halang," katanya.  #sumber


Demikianlah Artikel Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus !

Sekianlah artikel Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/parlimen-lulus-3-akta-mahasiswa-bebas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Parlimen Lulus 3 Akta, Mahasiswa Bebas Berpolitik Di Kampus !"

Catat Ulasan

Loading...