Loading...
Judul : Ubah Laporan Audit 1MDB, Najib & Arul Kanda Di Dakwa Esok !
link : Ubah Laporan Audit 1MDB, Najib & Arul Kanda Di Dakwa Esok !
Ubah Laporan Audit 1MDB, Najib & Arul Kanda Di Dakwa Esok !
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, akan menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB esok.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Arul Kanda di mahkamah esok.
"Bacaan pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen berasingan di Kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Disember 2018, pukul 8.00 pagi," kata SPRM.
SPRM menahan Najib kira-kira dua jam setengah semalam bagi melengkapkan proses akhir siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.
SPRM berkata, Arul Kanda pula ditahan pada pukul 10.32 pagi hari ini ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM bagi tujuan sama.
Arul Kanda tiba di SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi. #sumber
Demikianlah Artikel Ubah Laporan Audit 1MDB, Najib & Arul Kanda Di Dakwa Esok !
Sekianlah artikel Ubah Laporan Audit 1MDB, Najib & Arul Kanda Di Dakwa Esok ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ubah Laporan Audit 1MDB, Najib & Arul Kanda Di Dakwa Esok ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/ubah-laporan-audit-1mdb-najib-arul.html
0 Response to "Ubah Laporan Audit 1MDB, Najib & Arul Kanda Di Dakwa Esok !"
Catat Ulasan