Loading...
Judul : PKR Paya Besar Gesa Kaji Semula Lantikan Pengerusi Pahang
link : PKR Paya Besar Gesa Kaji Semula Lantikan Pengerusi Pahang
PKR Paya Besar Gesa Kaji Semula Lantikan Pengerusi Pahang
Ketuanya, Albakri Salim berkata, ia jelas terdapat ketidakadilan dalam proses lantikan tersebut.
Menurutnya, beliau sedia maklum kuasa lantikan Pengerusi MPN kuasa penuh presiden selepas rundingan dengan kesemua ketua-ketua cabang yang dipilih.
"Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi, adalah mustahil untuk Presiden tidak mengikut suara majoriti ketua cabang.
"Kita lihat pada pertemuan Presiden bersama ketua-ketua cabang PKR Pahang tempoh hari, jelas calon yang mendapat undi majoriti tidak dipilih,"katanya.
Albakri berkata, malah tujuh ketua cabang bertindak menandatangani satu memorandum yang dihantar kepada Presiden pada 10 Disember lalu berhubung perkara berkenaan sebelum pertemuan diadakan.
"Adakah berlaku pujuk rayu, ugutan atau sogokan bagi mempengaruhi sokongan ketua-ketua cabang kepada individu tertentu ?
"Sehubungan itu, PKR Paya Besar berpendapat perkara sebegini bukan sesuatu yang sihat untuk parti," katanya.
Beliau berkata, gesaan itu dibuat bagi menjaga nama baik presiden dan parti itu sendiri. #sumber
Demikianlah Artikel PKR Paya Besar Gesa Kaji Semula Lantikan Pengerusi Pahang
Sekianlah artikel PKR Paya Besar Gesa Kaji Semula Lantikan Pengerusi Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR Paya Besar Gesa Kaji Semula Lantikan Pengerusi Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/pkr-paya-besar-gesa-kaji-semula.html
0 Response to "PKR Paya Besar Gesa Kaji Semula Lantikan Pengerusi Pahang"
Catat Ulasan