Loading...

Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata

Loading...
Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata
link : Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata

Baca juga


Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata


KUANTAN - Persatuan Pemandu Teksi Pahang Timur menuntut hak kesamaratan termasuk syarat dan peraturan antara pemandu teksi dan syarikat perkhidmatan e-hailing.

Timbalan Yang Dipertua persatuan itu, Roslan Ghazali, berkata, pemandu teksi terpaksa mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan namun banyak syarat kelonggaran diberikan kepada pengusaha e-hailing.

Menurutnya, industri teksi bakal 'terkubur' jika hak kesamarataan itu tidak dikuat kuasa mahupun diambil endah oleh kerajaan.

“Kalau pemamdu teksi kami perlu memiliki kad memandu, pemeriksaan kesihatan, insurans dan banyak lagi prosedur yang perlu dipenuhi sebelum mendapat kelulusan membawa teksi berbanding perkhidmatan e-hailing tidak dikenakan syarat sebegini

“Walaupun pemandu teksi memiliki kenderaan baharu tetap perlu masuk Puspakom sebelum boleh mengambil penumpang, tetapi Grab yang menggunakan kenderaan persendirian tak perlu pun melalui Puspakom,” katanya pada sidang media di pekarangan tempat menunggu teksi, di bandar Kuantan di sini, hari ini

Kira-kira 50 pemandu teksi mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Gabungan Teksi Se-Malaysia (GSTM) menuntut hak kesamarataan atau keadilan dapat diwujudkan dalam situasi menang-menang dalam industri perkhidmatan pengangkutan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sebelum ini pernah memohon kerajaan untuk menyediakan satu aplikasi khusus untuk perkhidmatan teksi seperti yang digunakan pengusaha e-hailing.

“Kita ada minta dengan kerajaan terdahulu di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) satu aplikasi untuk teksi tetapi jawapan yang kami terima, kosnya terlalu tinggi.


“Pelik juga dengan jawapan yang diberikan pihak kerajaan kerana pihak swasta mampu untuk buat aplikasi itu tetapi kerajaan tidak mampu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha persatuan berkenaan, Mohd Yasin Idris berkata, syarat pengendalian kenderaan yang tidak sama rata dengan perkhidmatan e-hailing boleh membunuh industri teksi di negara ini.

“Kerajaan sentiasa memberi keutamaan dan kelonggaran kepada Grab sedangkan dalam keadaan sama, kita tetap perlu mengikut syarat yang ada. Kita nampak dari segi syarat diberikan itu boleh membunuh kita,” katanya.

Tambahnya, pihaknya mengadakan perhimpunan itu juga adalah sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan yang turut berbuat demikian di seluruh negara.

"Hari ini, kami sebulat suara menyokong Gabungan Teksi SeMalaysia untuk berbuat demikian dengan bersama mengadakan perhimpunan Reformasi Teksi di seluruh negara bagi menuntut kesamarataan dan keadilan hak kami daripada Kerajaan Persekutuan.

"Kami mahu bukan sahaja industri teksi dibebani dengan undang-undang tetapi syarikat e-hailing seperti Grab, MyCar dan sebagainya turut dikenakan undang-undang sama rata," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata

Sekianlah artikel Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/pengusaha-teksi-buat-himpunan-aman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengusaha Teksi Buat Himpunan Aman, Tuntut Hak Sama Rata"

Catat Ulasan

Loading...