Loading...
Judul : UMNO Pahang Sokong Zahid Serah Tugas Kepada Mohamad !
link : UMNO Pahang Sokong Zahid Serah Tugas Kepada Mohamad !
UMNO Pahang Sokong Zahid Serah Tugas Kepada Mohamad !
KUANTAN: Keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas sebagai presiden berkuat kuasa serta-merta dilihat sebagai tindakan wajar dalam keadaan kemelut yang dialami parti itu pada waktu ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sungguhpun sedih dengan keputusan tersebut tetapi, langkah itu dilihat dapat menyelamatkan parti dan menghalang lebih ramai pemimpin Umno keluar daripada parti itu.
“Berdasarkan kemelut yang UMNO hadapi dengan tindakan keluar parti dan ura-ura lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian, keputusan yang dibuat presiden dilihat wajar.
“Kebanyakan yang bertindak keluar parti pula menyalahkan kepimpinan beliau yang mereka katakan sebagai tidak menetapkan hala tuju parti untuk kembali teguh seperti sebelumnya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp awal pagi ini sebagai mengulas kenyataan Zahid itu yang dibuat malam tadi.
Zahid mengumumkan perkara itu pada program Wacana U3.0 anjuran Penerangan UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur.
Program yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook UMNO Online itu dikendalikan oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.
Dalam pada itu, Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang turut mengalu-alukan Mohamad yang akan menjalankan tugas-tugas selaku presiden parti mulai sekarang.
“Tanggungjawab ini memanglah berat dan lebih berat lagi jika kita pemimpin dan anggota Umno keseluruhannya, tidak memberi kerjasama kepadanya untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan.
“Paling utama, pemimpin parti terutamanya hendaklah segera menghentikan amalan keluar parti lagi.
“Sebaliknya, sama-sama berusaha membantu beliau menjayakan misinya untuk mengukuhkan kembali dan berusaha agar UMNO bangkit semula, InsyaAllah,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel UMNO Pahang Sokong Zahid Serah Tugas Kepada Mohamad !
Sekianlah artikel UMNO Pahang Sokong Zahid Serah Tugas Kepada Mohamad ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO Pahang Sokong Zahid Serah Tugas Kepada Mohamad ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/umno-pahang-sokong-zahid-serah-tugas.html
0 Response to "UMNO Pahang Sokong Zahid Serah Tugas Kepada Mohamad !"
Catat Ulasan