Loading...
Judul : 50 GRO Vietnam, Thailand Di Cekup Di Malam Tahun Baharu !
link : 50 GRO Vietnam, Thailand Di Cekup Di Malam Tahun Baharu !
50 GRO Vietnam, Thailand Di Cekup Di Malam Tahun Baharu !
KUALA LUMPUR - Seramai 50 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Thailand ditahan dalam Ops Mega Penutup 2018 dalam tiga operasi berasingan di sekitar ibu negara.
Operasi bermula pukul 9.30 malam hingga 3 pagi itu dilakukan pusat karaoke di Jalan Pudu dan masing-masing satu pusat spa di Jalan Kuchai serta Jalan Raja Laut.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, serbuan pertama dilakukan di Jalan Kuchai yang membawa tangkapan seramai 18 wanita serta lapan lelaki warga asing.
Katanya, dalam serbuan berkenaan empat lelaki warga tempatan yang dipercayai pelanggan serta penjaga kepada GRO itu turut diberkas.
“Susulan itu, kita menahan enam wanita dan dua lelaki tempatan ketika menyerbu sebuah lagi spa di Jalan Raja Laut.
“Hasil pemeriksaan di spa berkenaan kita dapati mereka mempunyai pintu laluan khas buat GRO berkenaan berehat sebelum dibida pelanggan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral,” katanya kepada pemberita sebaik operasi selesai awal pagi tadi.
Menurutnya lagi, seramai 26 GRO serta seorang wanita tempatan dipercayai penjaga diberkas di sebuah pusat karaoke di Jalan Pudu.
“Kesemua GRO itu berusia lingkungan 20 hingga 40-an dan rata-rata mereka juga tidak mempunyai dokumen, salah guna pas lawatan sosial serta pas perkahwinan dengan warga tempatan untuk menetap dalam negara bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.
“Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas,” ujarnya. #sumber
Demikianlah Artikel 50 GRO Vietnam, Thailand Di Cekup Di Malam Tahun Baharu !
Sekianlah artikel 50 GRO Vietnam, Thailand Di Cekup Di Malam Tahun Baharu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 50 GRO Vietnam, Thailand Di Cekup Di Malam Tahun Baharu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/50-gro-vietnam-thailand-di-cekup-di.html

0 Response to "50 GRO Vietnam, Thailand Di Cekup Di Malam Tahun Baharu !"
Catat Ulasan