Loading...

Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji

Loading...
Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji
link : Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji

Baca juga


Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji


KUANTAN - Pihak pengurusan Felda United FC (FUFC) sedang giat mencari dana bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji para pegawai dan pemainnya.

Situasi pertama kali yang dihadapi skuad The Fighters itu menyebabkan tunggakan gaji selama tiga bulan bermula September hingga November lalu.

Presiden FUFC, Datuk Ab Ghani Mohd Ali berkata, pihaknya tidak menyangka masalah berkenaan wujud setelah kelabnya ditubuhkan sejak 11 tahun lalu.

"Ini adalah kejadian pertama yang kami lalui dan sebelum ini tidak pernah ada tunggakan gaji sama ada pegawai mahupun pemain. 

"Kami amat menjaga kebajikan mereka bagi menghargai khidmat yang dicurahkan selama ini sehingga muncul juara Liga Pemier musim ini," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini. 

Menurutnya, pihak pengurusan FUFC telah membuat perjumpaan dengan mereka yang telibat bagi menjelaskan situasi sebenar serta mencari jalan penyelesaian. 

"Kita juga telah membuat perbincangan dengan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam pada 21 Disember lalu bagi menjelaskan kemelut yang melanda The Fighters," ujarnya.  

Beliau memberitahu, Ahli-ahli Lembaga Pengarah FUFC telah berjumpa dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merangkap penaung kelab, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor bagi menjelaskan hasil perbincangan dengan pihak FAM. 

Sehubungan itu katanya, Megat Zaharuddin memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah kewangan secara berperingkat dalam masa terdekat.  

"Kalau boleh kita tidak mahu masalah ini berpanjangan dan semua pihak diharap bersabar serta tidak memperbesarkan kemelut yang melanda," jelasnya. 

Tambahnya, pihak FUFC akan menangani situasi berkenaan secara profesional agar tidak mengganggu persiapan pasukan untuk membentuk skuad yang mantap pada musim depan. #sumber


Demikianlah Artikel Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji

Sekianlah artikel Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/felda-united-giat-mencari-dana-bagi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Felda United Giat Mencari Dana Bagi Slesaikan Tunggakan Gaji"

Catat Ulasan

Loading...