Loading...

Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng !

Loading...
Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng !
link : Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng !

Baca juga


Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng !


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini menyerang menteri kewangan dengan memuat naik satu klip video lama mengandungi kenyataan Lim Guan Eng yang membidas kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tidak adil dan perlu dihapuskan.

“Memang betul. Masuk tol PLUS percuma sekarang. Cuma keluar kena bayar macam biasa. Dah lama juga kita tunggu Guan Eng mansuh tol PLUS.

“Dia dah jadi menteri kewangan sekarang kan? Takkan nak jadi perdana menteri baru buat,” sindir Najib dalam status Facebooknya hari ini.

Dalam rakaman video selama 28 saat itu sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu, Lim mempersoalkan mengapa rakyat masih perlu membayar tol PLUS, selepas kos pembinaan lebuh raya itu sudah “habis dibayar”.

“Seharusnya tidak perlu bayar tol untuk Lebuhraya Utara Selatan, jambatan pertama Pulau Pinang pun sama, sekiranya tukar kerajaan, saya rasa kerajaan baru akan hapuskan tol Utara Selatan (PLUS),” kata Lim dalam rakaman video itu.

Ini bukanlah kali pertama Najib memulangkan paku buah keras kepada Lim atas kenyataan yang dibuatnya dahulu.

Baru-baru ini, Najib mengubah suai kenyataan Lim 4 tahun lalu yang mengkritik keputusan kerajaan terdahulu memberi pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi membekukan kenaikan tol.

Ia selepas Lim mengumumkan Putrajaya akan membayar hampir RM1 bilion kepada pemegang konsesi sebagai pampasan kerana kerajaan tidak membenarkan kenaikan tol bagi 21 lebuh raya di seluruh negara.

Najib sebaliknya berkata, beliau tidak pernah membenarkan kenaikan tol sepanjang pentadbirannya selama 9 tahun dan ini memaksa kerajaan membayar pampasan kepada pengendali lebuh raya setiap tahun.

“Dan setiap tahun kerajaan BN membayar pampasan, DAP marah saya dan tuduh saya hanya mahu memperkayakan syarikat kroni tol yang kaya.

“Hari ini, PH sangat bangga dengan keputusan mereka membayar pampasan RM1 bilion supaya kadar tol lebuh raya tidak naik tahun depan.


“Dan menariknya, menteri kewangan adalah dari DAP, parti yang menjadikan acara tahunan untuk marah pada saya,” tulis Najib yang disertakan tangkap layar kenyataan Lim pada Februari 2014 menunjukkan beberapa bahagian disunting untuk membuktikan pusingan “U” pampasan yang diumumkan kerajaan PH. #sumber

e>


Demikianlah Artikel Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng !

Sekianlah artikel Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/hapuskan-tol-najib-muat-naik-video-lama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hapuskan Tol: Najib Muat Naik 'Video Lama' Cemuh Guan Eng !"

Catat Ulasan

Loading...