Loading...
Judul : Najib Dakwa PH Lengkahkan Langkah Turunkan Harga Minyak !
link : Najib Dakwa PH Lengkahkan Langkah Turunkan Harga Minyak !
Najib Dakwa PH Lengkahkan Langkah Turunkan Harga Minyak !
“Inilah peluang untuk kerajaan PH melunaskan janji mereka. Mereka janji kalau hari ini menang, esok harga minyak akan turun kepada RM1.50 seliter.
“Tetapi, mereka mengambil langkah melengah-lengahkan pengurangan harga minyak sehingga isu ini telah dibawa oleh saya dan beberapa pihak lain, barulah 1 Januari ini mereka akan apungkan harga minyak,” kata bekas perdana menteri itu dalam ucapan tahun baru yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.
Isnin lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kaedah penetapan harga minyak bulanan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) akan digantikan formula mingguan disebabkan penurunan harga minyak mentah dunia secara berterusan kebelakangan ini.
Katanya, pengguna boleh menikmati perubahan harga lebih cepat, selaras perubahan harga petroleum di pasaran dunia dan harga runcit minyak dijangka turun setiap minggu mulai 1 Januari ini, jika trend penurunan harga minyak dunia berterusan.
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.
Mulai 29 Mac 2017, harga petrol dan diesel yang ditentukan sistem apungan terurus, diumumkan secara mingguan setiap Rabu berbanding setiap bulan.
Pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan mekanisme pengumuman harga petrol dan diesel setiap Rabu di bawah sistem apungan terurus yang diamalkan kerajaan terdahulu dimansuhkan dan digantikan mekanisme harga tetap mulai 7 Jun lalu.
Hari ini, Lim mengumumkan harga runcit minyak kekal RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 (RON95) dan RM2.18 (diesel) untuk beberapa hari sehingga harga baru ditetapkan sebelum akhir minggu pertama 2019.
Sementara itu, Najib bimbang dengan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini, ekoran rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, akhir bulan lalu.
“Kita lihat insiden seperti itu sepatutnya tidak berlaku sama sekali. Apatah lagi ianya telah menyebabkan kehilangan nyawa seorang yang tidak berdosa, iaitu (anggota bomba) Muhammad Adib Mohd Kassim.”
Adib meninggal dunia 3 minggu selepas dirawat di Institut Jantung Negara pada 17 Disember lalu, akibat cedera parah selepas diserang perusuh di luar Kuil Sri Maha Mariamman, pada 27 November lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Najib Dakwa PH Lengkahkan Langkah Turunkan Harga Minyak !
Sekianlah artikel Najib Dakwa PH Lengkahkan Langkah Turunkan Harga Minyak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib Dakwa PH Lengkahkan Langkah Turunkan Harga Minyak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/najib-dakwa-ph-lengkahkan-langkah.html
0 Response to "Najib Dakwa PH Lengkahkan Langkah Turunkan Harga Minyak !"
Catat Ulasan