Loading...

JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang

Loading...
JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang
link : JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang

Baca juga


JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang



TEMERLOH - Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan naik taraf laluan FR10 membabitkan laluan Temerloh-Triang untuk jangka masa panjang.


Permohonan berkenaan akan dimasukkan ke dalam Rolling Plan (RP5) tahun depan.
Timbalan Menterinya, Mohd Anuar Tahir memberitahu, ia antara usaha yang diambil selepas rungutan pengguna dan penduduk di laluan terbabit yang merayu supaya jalan berkenaan segera dinaik taraf demi keselesaan pengguna.


Menurutnya, pihak telah mendapat komitmen daripada pihak kementerian berkaitan bagi pemohonan penyelenggaraan tersebut.

"Untuk jangkamasa pendek, penyelenggaraan berkala akan diberi keutamaan dalam penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan untuk daerah Temerloh termasuk jalan Temerloh-Bera,"katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kontraktor yang terlibat supaya lebih peka dan bertanggungjawab dengan setiap tugasan yang dilakukan.

"Ini berikutan berlakunya kerosakan jalan di beberapa lokasi di laluan terbabit dan puncanya disebabkan kualiti kerja penurapan yang dilakukan mereka.

"Saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terlibat menyediakan permukaan jalan yang baik selepas kerja-kerja pembaikan yang dilakukan mereka,"katanya.

Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu juga memberitahu, kementerian itu menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Temerloh akan sentiasa memantau dan menyelenggara dari sesama ke semasa keadaan laluan terbabit. #sumber




Demikianlah Artikel JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang

Sekianlah artikel JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/jkr-akan-mohon-peruntukan-naik-taraf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JKR Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh-Triang"

Catat Ulasan

Loading...