Loading...

Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka

Loading...
Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka
link : Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka

Baca juga


Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka


PETALING JAYA: Empat nelayan Indonesia mendakwa melihat sendiri MH370 di Selat Melaka berdekatan Pangkalan Susu, Sumatra Utara berdekatan sempadan Acheh, sebelum pesawat tersebut hilang secara misteri bersama semua 239 penumpang dan anak kapal 5 tahun lalu.

Seorang daripada nelayan tersebut, Rusli Kusmin, 42, mendakwa melihat pesawat tersebut ketika sedang menangkap ikan di laut pada 6.30 pagi 8 Mac 2014.

“Ketika saya sedang menaikkan semula bubu, saya ternampak sebuah pesawat dalam jarak 2 kilometer sedang bergerak seperti layang-layang melepasi kapal saya. Tiada bunyi enjin kedengaran, hanya asap tebal yang keluar sebelum pesawat itu terhempas dalam air.

“Saya dan kru cuba mencari pesawat itu sepanjang hari itu tetapi tidak menemuinya. Beberapa hari kemudian kami sekali lagi cuba mencarinya tetapi tetap tidak menjumpainya juga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia berjaya merakam kejadian tersebut bersama bacaan sistem pengesanan global (GPS) iaitu kedudukan badan atau bayangan pesawat yang tenggelam dalam lautan itu.


Disebabkan kekangan alat teknologi tinggi dan alat sonar yang digunakan adalah untuk mengesan ikan sahaja, Rusli memberitahu pihak berkuasa supaya bertindak segera, tetapi tidak membuahkan hasil.

Akhirnya, Rusli mendapat perhatian Persatuan Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA) yang melakukan penyelidikan sendiri mengenai kehilangan pesawat MH370 menggunakan bantuan peralatan sekuriti lama serta mendapat pandangan pakar penerbangan dari Malaysia, Kanada, Amerika Syarikat, Indonesia dan Korea Selatan.

Presiden persatuan tersebut, Datuk Jacob George mendedahkan hasil daripada kajian yang dilakukan, pihaknya berjaya menemui Rusli dengan bantuan kerajaan dan ahli politik Indonesia.

Kata Jacob, pihaknya juga menghantar hasil kajian penuh kepada perdana menteri dan berharap kerajaan Malaysia bertindak memulakan operasi mencari pesawat MH370 di Selat Melaka berdekatan Sumatra.

“Ini satu penemuan yang belum diterokai lagi, sebab itu saya merayu kepada kerajaan supaya laksanakan operasi di kawasan tersebut.

“Pendedahan saksi dan bukti menerusi data berkemungkinan dapat membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka

Sekianlah artikel Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/nelayan-indonesia-dakwa-nampak-mh370-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nelayan Indonesia Dakwa Nampak MH370 Di Laut Selat Melaka"

Catat Ulasan

Loading...