Loading...

Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf !

Loading...
Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf !
link : Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf !

Baca juga


Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf !


KUANTAN - Ahli Parlimen Bentong tidak akan meminta maaf secara terbuka susulan pertengkaran mulut yang tular di media sosial membabitkan isu tanah di Manchis di sini, baru-baru ini.


Wong Tack berkata, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, sebaliknya hanya mahu membela masyarakat setempat yang teraniaya selepas tanaman mereka dimusnahkan.
Menurutnya, dia mengakui tidak dapat mengawal marah selepas melihat situasi tersebut namun telah bermaaf-maafan dengan semua individu terlibat pada hari sama.


"Saya mengaku ada terlepas cakap, saya juga manusia dan kata-kata 'I am running the government today' timbul selepas ada individu bertanyakan saya siapa dan kenapa awak ada di sini?

"Mereka fikirkan saya daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Saya bukan nak tunjuk kuasa, cuma saya susah hati dengan keadaan penduduk teraniaya," katanya, semalam.

Wong tack berkata, pada hari kejadian, beliau bergegas ke kawasan berkenaan selepas mendapat aduan penduduk dan hanya mahu menuntut keadilan serta tidak sesekali berniat menghalang tugas penjawat awam atau menafikan arahan mahkamah.

"Saya emosi kerana sedih melihat petani menangis diperlakukan sedemikian, orang tua dan wanita menangis serta ada yang marah. Bila saya lihat situasi itu, terus saya beremosi dan saya tidak mahu melawan sesiapa, cuma saya mahu tunjukkan mana mereka punya sempadan," katanya.

Menurutnya, beliau meninggikan suara kerana ketika itu bising disebabkan empat jentera sedang beroperasi memusnahkan tanaman penduduk, dan terpaksa bercakap dengan suara kuat.

Katanya, beliau berharap nasib penduduk yang mengusahakan tanah lebih 40 tahun lalu, diberi perhatian.

Baru-baru ini tular di media sosial membabitkan pertengkaran mulut antara Wong Tack dan beberapa individu yang sedang membersihkan kawasan tanah kebun berhampiran Manchis, di sini

Video berdurasi 4:36 minit itu menyaksikan Wong Tack seolah-olah tidak dapat mengawal emosi dan meminta proses membersihkan kawasan kebun di tanah milik kerajaan dihentikan.



Sementara itu, wakil syarikat terlibat, G Ramesh berkata, pembersihan kawasan itu berdasarkan undang-undang selepas mendapat perintah dari Mahkamah Tinggi Temerloh dan pihaknya telah mempamerkan notis serta bertemu dengan wakil penduduk.

"Pihak syarikat telah membeli kira-kira 300 hektar tanah dan kita sedang melakukan pembersihan bagi membuat laluan ke kawasan ladang yang ditanam durian dan kelapa sawit.

"Kerja pembersihan diberhentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan mereka membuat rayuan di mahkamah dan kita telah melaporkan perkara ini di Balai Polis Telemong," katanya. #sumber




Demikianlah Artikel Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf !

Sekianlah artikel Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/kes-pertengkaran-isu-tanah-mp-bentong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Pertengkaran Isu Tanah, MP Bentong Takkan Minta Maaf !"

Catat Ulasan

Loading...