Loading...
Judul : Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri
link : Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri
Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri
KUANTAN – Kenaikan tarif air diumumkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang dijadualkan tahun ini turut melibatkan negeri Pahang.
Exco Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi, Datuk Seri Norol Azali (foto) Sulaiman berkata, bagaimanapun jumlah kenaikan tarif tersebut masih dirunding.
Menurutnya, keputusan itu diambil setelah mengambil kira pengumuman kerajaan serta hasil sesi dialog dengan wakil-wakil pengguna dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengenai keperluan menaikkan tarif tersebut.
“Kerajaan Pahang memberi jaminan pelaksanaan kenaikan tarif air tidak akan membebankan golongan B40.
“Sehingga kini, keputusan mengenai kenaikan tarif air masih belum diputuskan kerajaan negeri dan berkenaan tarikh pelaksanaan ia diselaraskan oleh KATS,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam kenyataannya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk `Konservasi Air: Dimanakah Malaysia’, baru-baru ini, Xavier berkata, ketika ini pihaknya masih membuat kajian bagi mengenal pasti langkah terbaik untuk kenaikan tarif air.
Katanya, ia termasuk mengarahkan SPAN ke setiap negeri bagi mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri.
“Kita bincang bagaimana cara untuk lakukan (kenaikan tarif air). Dijangka dalam enam bulan lagi, kita ada gambaran.
“Ada negeri yang sudah 30 tahun, 20 tahun tiada kenaikan tarif air,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri
Sekianlah artikel Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/pahang-akan-turut-terlibat-kenaikan.html
0 Response to "Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri"
Catat Ulasan