Loading...

PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai

Loading...
PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai
link : PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai

Baca juga


PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan parti itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat Dr Michael Jeyakumar Devaraj memberitahu FMT bahawa kerana ia tidak mempunyai calon yang memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki parti.

Beliau berkata syarat-syarat wakil rakyat parti sosialis itu adalah sudah menabur khidmat di kawasan berkenaan, tahu akan isu setempat dan bukan orang luar kawasan.

“Kita tidak mahu memaksa cawangan bertanding,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Meskipun PSM tidak bertanding di Cameron Highlands, bekas Ahli Parlimen Sungai Siput ini berkata PSM akan mengadakan program mengenai dasar-dasar ekonomi kerajaan Pakatan Harapan.

“(Seperti) macam mana dia kendalikan isu pekerja asing, insurans kesihatan, gaji minimum dan penswastaan syarikat berkaitan kerajaan,” katanya.

Dalam masa yang sama, PSM tidak akan membantu calon MyPPP, Tan Sri M Kayveas. Michael berkata parti itu tidak apa-apa hubungan dengan Kayveas selepas pilihan raya umum lepas.

“Kita tidak pasti apa polisi dia dan dia nak bawa apa. Di Malaysia, selalu ramai orang kempen atas isu-isu etika dan agama. PSM tidak suka,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei lalu, Datuk C Sivarajjh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands melibatkan 5 penjuru dengan majoriti 597 undi.

Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan M Manogaran dari PKR yang memperoleh 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia dari PSM (680 undi).

Bagaimanapun, pada 30 November lalu, kerusi Cameron Highlands diisytiharkan kosong selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan BN kerana membeli undi semasa berkempen.

Minggu lalu, Manogaran sekali lagi diberi mandat untuk menjadi calon pada PRK kali ini mewakili Pakatan Harapan (PH). #sumber


Demikianlah Artikel PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai

Sekianlah artikel PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/psm-tak-tanding-cameron-highlands-sebab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PSM Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai"

Catat Ulasan

Loading...