Loading...
Judul : MB Pahang Tersenarai Jadi Calon BN PRK Cameron Highlands
link : MB Pahang Tersenarai Jadi Calon BN PRK Cameron Highlands
MB Pahang Tersenarai Jadi Calon BN PRK Cameron Highlands
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail disenarai pendek sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan mempertahankan Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya kecil 26 Januari ini.
Pengarah Koordinator Pemuda UMNO, Shahar Abdullah berkata pucuk pimpinan Barisan Nasional akan memutuskan siapa jaguh gabungan itu yang akan menyahut cabaran Pakatan Harapan sebelum 12 Januari.
“Kebetulan Wan Rosdy anak tempatan dan ADUN di sana,” katanya merujuk kepada kerusi DUN Jelai.“Bagi saya, siapa sahaja yang diputuskan oleh BN akan menjadi calon pilihan Pemuda BN,” tambahnya.
Shahar mengulas spekulasi mendakwa BN menyediakan beberapa nama untuk kerusi itu selain pemenang kerusi itu pada pilihan raya umum lalu, Datuk C Sivarraajh.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini mengisytiharkan Sivarraajh tidak boleh bertanding, tidak boleh dipilih, tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih, dan tidak boleh mengundi dalam mana-mana pilihan raya dalam tempoh 5 tahun dari 13 Disember 2018.
Pengerusi Azhar Azizan Harun berkata perkara itu diputuskan selepas mengkaji keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu, yang membatalkan kemenangan BN selepas mendapati calon DAP, M Manogaran berjaya membuktikan wang diberi kepada pengundi semasa berkempen.
Shahar berkata Umno mengiktiraf Cameron Highlands sebagai kerusi MIC, namun peletakan calon daripada parti komponen lain tidak akan menjadi masalah besar dalam gabungan itu.
“Tidak timbul soal UMNO lebih layak dari MIC. Kita kena berpegang kepada semangat kekeluargaan BN ketika menghadapi pilihan raya. Muafakat dalam BN amat kuat dan sukar nak dapat dalam PH,” katanya.
Shahar optimis BN berpeluang mengekalkan Cameron Highlands, walaupun keputusan PRU lepas menunjukkan gabungan itu mempertahankan Cameron Highlands dengan majoriti tipis 600 undi.
“PH gagal tunai janji pilihan raya dan ia menyumbang kepada peluang BN. Selain itu, khidmat yang diberikan wakil rakyat MIC amat baik,” katanya.
Shahar berkata BN akan memberi tumpuan lebih kepada satu lagi kerusi DUN bawah Parliemn itu, iaitu Tanah Rata yang dimenangi calon PH dari DAP, Chiong Yoke Kong.
Pakatan Harapan menamakan Manogaran sebagai calonnya. Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayvers juga mengumumkan hasrat untuk bertanding.
Untuk rekod, MIC bertanding di kerusi Cameron Highlands sejak 2004. #sumber
Demikianlah Artikel MB Pahang Tersenarai Jadi Calon BN PRK Cameron Highlands
Sekianlah artikel MB Pahang Tersenarai Jadi Calon BN PRK Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MB Pahang Tersenarai Jadi Calon BN PRK Cameron Highlands dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/mb-pahang-tersenarai-jadi-calon-bn-prk.html
0 Response to "MB Pahang Tersenarai Jadi Calon BN PRK Cameron Highlands"
Catat Ulasan