Loading...
Judul : Suffian Awang: Skuad Tok Gajah Tewas 1-3 Kepada Visakha FC
link : Suffian Awang: Skuad Tok Gajah Tewas 1-3 Kepada Visakha FC
Suffian Awang: Skuad Tok Gajah Tewas 1-3 Kepada Visakha FC
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama apabila Muhammad Safuwan Baharuddin menjaringkan gol untuk Pahang manakala gol Visakha FC dihasilkan oleh Keo Sok Pheng.
Visakha FC memastikan kemenangan milik mereka apabila menambah dua lagi jaringan pada separuh masa kedua menerusi Young Meng Hao dan Sin Sophany.
Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang (foto) berkata, pasukannya belum mempamerkan kemampuan sebenar kerana itu merupakan perlawanan pertama.
"Hari ini kita menguji dua pemain import iaitu Saddil Ramdani dari Indonesia serta pemain kelahiran Perancis, Herold Goulun namun mereka memerlukan sedikit masa untuk mencari keserasian.
"Tahap kecergasan pemain juga belum mencapai tahap maksimum dan kita harap ada perubahan pada dua lagi perlawanan berdepan kelab dari Thailand iaitu Chonburi FC dan Army United," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Suffian Awang: Skuad Tok Gajah Tewas 1-3 Kepada Visakha FC
Sekianlah artikel Suffian Awang: Skuad Tok Gajah Tewas 1-3 Kepada Visakha FC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suffian Awang: Skuad Tok Gajah Tewas 1-3 Kepada Visakha FC dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/suffian-awang-skuad-tok-gajah-tewas-1-3.html

0 Response to "Suffian Awang: Skuad Tok Gajah Tewas 1-3 Kepada Visakha FC"
Catat Ulasan