Loading...
Judul : Sultan Pahang: Dirikan Papan Tanda Amaran Di Sungai, Kolam
link : Sultan Pahang: Dirikan Papan Tanda Amaran Di Sungai, Kolam
Sultan Pahang: Dirikan Papan Tanda Amaran Di Sungai, Kolam
PEKAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah hari ini, menitahkan papan tanda amaran didirikan di sungai dan kolam sebagai peringatan kepada orang awam.
Baginda bertitah, walaupun kejadian tidak diingini seperti lemas adalah ketentuan Allah, namun langkah berjaga-jaga boleh dilakukan.
"Saya juga sentiasa menasihatkan rakyat untuk tidak bermain di tepi sungai atau kolam kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa," titah baginda kepada pemberita selepas berkenan menziarahi keluarga Mohammad Fariz Mohd Shukor, 16, yang ditemukan lemas di Kampung Tanjung Medang di sini pada Ahad lalu.
Sultan Abdullah yang tiba di rumah keluarga mangsa di Perumahan Dato' Shahbandar di sini, pada pukul 2.30 petang meluangkan masa hampir sejam dan turut menyertai majlis tahlil yang diketuai kadi daerah Pekan, Ahmad Nizam Abd Manan.
Mohammad Fariz yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya di sini, ditemui lemas pada pukul 11.50 pagi, semasa mengikuti keluarganya menjala dan memancing di Sungai Pahang di kampung tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Sultan Pahang: Dirikan Papan Tanda Amaran Di Sungai, Kolam
Sekianlah artikel Sultan Pahang: Dirikan Papan Tanda Amaran Di Sungai, Kolam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang: Dirikan Papan Tanda Amaran Di Sungai, Kolam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/sultan-pahang-dirikan-papan-tanda.html
0 Response to "Sultan Pahang: Dirikan Papan Tanda Amaran Di Sungai, Kolam"
Catat Ulasan