Loading...

Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang

Loading...
Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang
link : Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang

Baca juga


Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang


PEKAN - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik menjadi Tengku Ampuan Pahang.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bertitah perkara itu diputuskan baginda dalam mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini hari ini.

Mesyuarat juga dimaklumkan tentang hasrat baginda melantik Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang baharu.

"Istiadat pemasyhuran akan diadakan pada 29 Januari ini di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan," titah baginda ketika berkenan menemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang.

Turut hadir Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu'adzam Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut baginda, gelaran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota itu seelok-eloknya digunakan selepas istiadat pemasyhuran nanti.

"Tengku Hassanal akan pulang (pada 28 Januari), dan akan dimasyhurkan, kembali semula ke UK dan tamat pengajian hingga hujung tahun ini," titah baginda.

Manakala jawatan Tengku Panglima Besar yang disandang oleh Tengku Hassanal sebelum ini, Al-Sultan Abdullah bertitah jawatan itu akan dikosongkan sementara dan baginda akan mengenal pasti calon yang sesuai nanti.

Apabila ditanya pemberita tentang harapan baginda terhadap Tengku Hassanal yang akan dimasyhur menjadi Tengku Mahkota Pahang nanti, baginda bertitah: "Semua anggota keluarga dan rakyat Pahang khususnya dia (Tengku Hassanal) dapat mempamerkan satu watak yang baik dan boleh menjadi seorang pemimpin kepada rakyat negeri Pahang "

"Sama-samalah kita beri tunjuk ajar kepada orang muda ini," titah baginda.  #sumber


Demikianlah Artikel Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang

Sekianlah artikel Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/tunku-azizah-dimahsyurkan-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tunku Azizah Dimahsyurkan Sebagai Tengku Ampuan Pahang"

Catat Ulasan

Loading...