Loading...

Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi

Loading...
Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi
link : Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi

Baca juga


Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi



KUANTAN - Aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri ini dibenarkan semula selepas moratorium selama tiga tahun berakhir 31 Mac ini tidak akan disambung.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, aktiviti tersebut dibenarkan semula namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurutnya, pada masa sama sebanyak 435,000 tan metrik bauksit di pusat penyimpanan sedia ada di Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman, Terengganu perlu dikosongkan sehingga hujung bulan depan.

“Permit import (AP) bagi empat syarikat yang diberi kebenaran mengeksport bauksit juga akan tamat 31 Mac ini.


“Bagaimanapun hanya bauksit yang sudah dicuci akan dibenarkan untuk dieksport selepas tarikh itu, bagi menjaga kebersihan dan alam sekitar,” katanya pada sidang media selepas meninjau kedudukan terkini moratorium perlombongan dan pengeksportan bauksit, hari ini.

Dr Xavier berkata, kerajaan negeri sudah maklum mengenai penamatan tempoh moratorium dan semua pihak bersetuju dengan SOP baharu.

“Ia meliputi aspek perlombongan sehingga pengeksportan dan SOP ini juga sudah dipersetujui Kabinet pada minggu lalu.

“Kita akan mengadakan sesi bersama pemegang taruh akhir bulan ini di sini, bagi memastikan semua pihak terbabit sedia mematuhinya,” katanya.

Beliau berkata, tindakan akan diambil kepada pihak yang ingkar mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1975 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM500,000.

“Semua pihak perlu patuh dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan ini atau berdepan hukuman,” katanya.

Dr Xavier berkata, moratorium bauksit tidak disambung kerana galian itu mempunyai permintaan dan potensi besar serta memberi keuntungan kepada kerajaan Pahang.

Katanya, bagi tahun 2015, kutipan royalti yang diperoleh kerajaan Pahang ialah RM47 juta setahun.

“Malah, SOP industri bauksit di Pahang ini juga akan diperluaskan ke negeri Terengganu dan Johor yang turut memiliki aktiviti perlombongan mineral berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, semua pemegang taruh dalam industri bauksit di Pahang diminta sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan jabatan serta agensi kerajaan Pusat sekali gus mematuhi SOP yang sudah ditetapkan. #sumber




Demikianlah Artikel Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi

Sekianlah artikel Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/aktiviti-perlombongan-pengeksportan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aktiviti Perlombongan, Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi"

Catat Ulasan

Loading...