Loading...

Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi

Loading...
Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi
link : Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi

Baca juga


Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi



PEKAN - Jenazah kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dalam keadaan tragis di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir pada 9 Februari lalu selamat dikebumikan pada pukul 8.45 malam ini.


Anggota keluarga, saudara mara serta penduduk setempat mengiringi jenazah Siti Masitah Ibrahim,11, ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Medang Kemahang selepas siap disembahyangkan di surau kampung berkenaan.

Jenazah sebelum itu dimandi dan dikapankan di Masjid Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota Kuantan selepas dituntut ibunya, Solihah Abdullah,35, dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada pukul 6 petang tadi.


Dia yang ditemani sepupunya Norasiah Abdul Manan,33, kelihatan tidak dapat mengawal perasaan dan terpaksa dipapah keluar oleh Norasiah selepas dipanggil oleh pihak polis untuk melihat jenazah anak ketiga daripada empat beradik itu.


Solihah yang ditemui di Unit Forensik sebelum itu berkata, pihak polis menghubunginya pada jam 4 petang tadi memaklumkan bahawa jenazah anaknya itu boleh dituntut untuk proses pengkebumian.
"Alhamdulilah sebab sudah boleh dibawa keluar untuk disembahyang dan dikebumikan, kesian... sudah lama dia di sini (Unit Forensik), Insya-ALLAH akan dikebumikan malam ini juga," katanya.

Mayat Siti Masitah sebelum ini ditemui dalam keadaan tragis dengan kepala terpisah serta beberapa organ dalaman hilang di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini 9 Februari lalu.

Polis mengesahkan mangsa dibunuh dengan kejam pada hari yang sama dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu oleh seorang lelaki yang merupakan kenalan rapat keluarganya kerana motif dendam dan marah.

Bedah siasat yang dilakukan mendapati kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat 'probable head injury' dan terdapat kesan kecederaan pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah dipercayai akibat dipukul dengan kayu.

Berikutan itu suspek yang berusia,23, tahun telah ditahan reman sehingga 24 Februari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber


Demikianlah Artikel Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi

Sekianlah artikel Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/jenazah-siti-masitah-selamat-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jenazah Siti Masitah Selamat Di Kebumikan 8.45 Malam Tadi"

Catat Ulasan

Loading...