Loading...

Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera !

Loading...
Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera !
link : Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera !

Baca juga


Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera !


KUANTAN - Bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mati dipercayai didera, merasa terkilan kerana tidak sempat bertemu dan mengambil anak saudaranya itu semalam di rumah kanak-kanak itu di Kampung Batu Balik, Pekan kerana mempunyai urusan lain.

Mohamad Zazali Abdullah, 23, berkata, dia memang rapat dengan kanak-kanak itu kerana sebelum kakaknya yang juga ibu mangsa, 25, berkahwin dengan bapa tiri mangsa, 54, dua beranak itu tinggal bersama keluarganya di Felda Chini.

"Saya tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan seperti itu (dera) terhadap mangsa. Biasanya, kalau dia (suspek) bercakap...boleh kalah ustaz, baik sangat dan saya tidak nampak yang dia boleh melakukan perbuatan seperti ini," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Menurutnya, suspek sebelum ini bekerja di ladang milik kerajaan negeri Pahang di Muadzam Shah, Rompin dan berpindah ke Kampung Batu Balik, selepas berkahwin dengan ibu mangsa kira-kira lima tahun lepas.

Jenazah kanak-kanak mangsa dera itu dituntut keluarga 4.10 petang tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Batu, Nenasi, petang ini juga.

Dalam kejadian 4 petang semalam, mangsa Muhammad Hafiz Abdullah, 5, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan, dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baharu di dada, kesan cucuhan api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baharu di bahagian kening kanan.

Othman ketika dihubungi berkata hasil soal siasat dilakukan, bapa tiri mangsa mengaku ada memukul kanak-kanak itu pada hari kejadian.

Berikutan itu, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Februari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber


Demikianlah Artikel Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera !

Sekianlah artikel Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/bapa-saudara-kesal-beliau-tidak-sempat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bapa Saudara Kesal Beliau Tidak Sempat Ambil Mangsa Dera !"

Catat Ulasan

Loading...