Loading...
Judul : Penganggur Warga Kemboja Di Dakwa Membunuh Siti Masitah
link : Penganggur Warga Kemboja Di Dakwa Membunuh Siti Masitah
Penganggur Warga Kemboja Di Dakwa Membunuh Siti Masitah
Mohd. Amirul Abdullah, 23, yang beralamat di Kampung Parit Tengah, Pekan dekat sini, sekadar mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Azizah Ahmad.
Lelaki bertubuh kecil itu didakwa membunuh Siti Masitah, 11, yang juga warganegara Kemboja antara pukul 5.50 petang hingga 8 malam, 30 Januari lalu di kawasan belukar padang ragut, Kampung Tanjung Medang Hilir di Pekan, dekat sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Azizah menetapkan 25 Mac ini bagi serahan dokumen forensik, laporan kimia dan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.
Pada 9 Februari lalu, media melaporkan penemuan mayat Siti Masitah dalam keadaan menyayat hati dan tidak sempurna. Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh lebih seminggu sebelum mayatnya ditemukan.
Keluarga mangsa membuat laporan kehilangan kanak-kanak itu pada petang 30 Januari lalu setelah dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kedai. #sumber
Demikianlah Artikel Penganggur Warga Kemboja Di Dakwa Membunuh Siti Masitah
Sekianlah artikel Penganggur Warga Kemboja Di Dakwa Membunuh Siti Masitah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penganggur Warga Kemboja Di Dakwa Membunuh Siti Masitah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/penganggur-warga-kemboja-di-dakwa.html
0 Response to "Penganggur Warga Kemboja Di Dakwa Membunuh Siti Masitah"
Catat Ulasan