Loading...
Judul : Suspek Kes Bunuh Masitah Di Sambung Reman Seminggu Lagi
link : Suspek Kes Bunuh Masitah Di Sambung Reman Seminggu Lagi
Suspek Kes Bunuh Masitah Di Sambung Reman Seminggu Lagi
KUANTAN - Suspek kes bunuh Siti Masitah Ibrahim, 11, disambung reman sehingga 24 Februari depan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan di sini hari ini.
"Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek telah di bacakan di Mahkamah Majistret Pekan (hari ini).
"Tempoh sambung reman yang di benarkan adalah selama tujuh hari mulai 18 Februari hingga 24 Februari," ujar Othman menerusi kenyataan.
Othman berkata demikian mengulas perkembangan siasatan kes pembunuhan Siti Masitah yang mayatnya dijumpai dalam keadaan menyayat hati pada minggu lalu.
Sabtu minggu lalu, mayat Siti Masitah ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dalam keadaan beberapa anggota badan termasuk kepalanya terpisah daripada tubuh.
Siti Masitah dilaporkan hilang kira-kira pukul 6.30 petang, 30 Januari lalu selepas dilihat keluar rumah menunggang basikal dan ibunya membuat laporan polis pada pukul 11 malam hari yang sama.
Susulan penemuan mayat itu, seorang lelaki Kemboja berusia 23 tahun ditahan polis pada pukul 2 pagi, 31 Januari lalu dan direman sehingga hari ini untuk disiasat .
Tempoh reman dilanjutkan selama tujuh hari lagi bermula esok bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber
Demikianlah Artikel Suspek Kes Bunuh Masitah Di Sambung Reman Seminggu Lagi
Sekianlah artikel Suspek Kes Bunuh Masitah Di Sambung Reman Seminggu Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suspek Kes Bunuh Masitah Di Sambung Reman Seminggu Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/suspek-kes-bunuh-masitah-di-sambung.html
0 Response to "Suspek Kes Bunuh Masitah Di Sambung Reman Seminggu Lagi"
Catat Ulasan