Loading...

Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri

Loading...
Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri
link : Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri

Baca juga


Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri


PENDANG - Seorang duda maut dipercayai akibat dilanggar adik kandung sendiri dengan sebuah kereta di hadapan rumah mereka di Kampung Haji Bunga, Mukim Air Puteh di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohammad Zaki Abd. Shukor, 39, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang disyaki penagih dadah dikatakan mengamuk sambil memegang sebilah parang di dalam rumah sebelum meminta wang daripada ibu dan seorang adik perempuannya.

"Ibu dan adik perempuannya yang ketakutan mengurungkan diri di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah sebelum mangsa bertindak mengetuk pintu.

"Adik perempuan itu membuka pintu dan ibunya terus memberikan wang sebanyak RM50 kepada mangsa sebelum dia beredar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, ibu mangsa pada masa sama menghubungi seorang lagi anaknya berusia lingkungan 30-an memaklumkan mangsa mengamuk di dalam rumah.

Menurut Arriz Sham, dua beranak itu kemudian terdengar bunyi dentuman kuat di hadapan rumah dan melihat mangsa terbaring di hadapan kereta jenis Proton Saga FLX warna putih dipandu seorang lagi anaknya yang baru sampai di rumah tersebut.

"Suspek dilihat terus berlari menuju ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terletak di belakang rumahnya," ujarnya.

Beliau berkata, suspek selepas itu pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang untuk membuat laporan polis kononnya dia terlanggar mangsa kira-kira pukul 9.45 malam hari yang sama.

"Hasil siasatan awal kita percaya suspek melanggar mangsa kerana tiada kesan brek ditemui di lokasi kejadian," katanya sambil memberitahu mangsa memiliki 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah termasuk samun.

Tambahnya, suspek direman selama 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. #sumber


Demikianlah Artikel Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri

Sekianlah artikel Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/duda-mengamuk-minta-duit-maut-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Duda Mengamuk Minta Duit, Maut Di Langgar Dek Adik Sendiri"

Catat Ulasan

Loading...