Loading...

Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap

Loading...
Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap
link : Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap

Baca juga


Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap


SHAH ALAM: Akibat menolak menyertai kumpulan kongsi gelap menjadi punca seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Setia Alam di sini yang diserang empat lelaki Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, empat lelaki suspek itu dipercayai merupakan ahli sebuah kongsi gelap yang masih aktif di Klang. 

Katanya, mereka bertindak sebagai perekrut ahli-ahli baharu. 

"Namun, mangsa dipercayai enggan menyertai kongsi gelap itu yang membuatkan empat suspek berang dan bertindak menyerang mangsa. 

"Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk motif sebenar kejadian dan usaha mengesan tiga lagi suspek serta saki baki ahli kongsi gelap yang terlibat," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. 

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama kongsi gelap itu sama ada dari Geng 36 atau 18.

Jelas Baharudin, setakat ini hanya seorang suspek telah ditangkap selepas  menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pukul 11.30 malam, Selasa lalu 

'Kita juga akan mendapatkan lanjutan reman terhadap suspek selepas perintah tahanan tiga hari yang dikenakan sebelum ini tamat hari ini," ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang pelajar sekolah menengah di Setia Alam di sini berdepan detik-detik cemas apabila diserang empat lelaki bersenjatakan batang besi dan besi berantai di luar pintu pagar sekolah­nya, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, mangsa yang berusia 15 tahun cedera pada siku tangan kirinya selepas terkena hayungan rantai besi daripada salah seorang suspek. #sumber


Demikianlah Artikel Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap

Sekianlah artikel Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/pelajar-sekolah-di-serang-gara-gara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelajar Sekolah Di Serang Gara-Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap"

Catat Ulasan

Loading...