Loading...

KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo

Loading...
KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo
link : KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo

Baca juga


KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mendakwa ada pihak menghasut penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, sekali gus mengeruhkan lagi keadaan yang turut menjejaskan usaha membantu mereka yang berkenaan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan membantu penduduk yang diarah mengosongkan unit sewaan mereka itu.

“Mungkin proses untuk kita meyakinkan penduduk itu tidak mudah kita capai kerana (ada) parti-parti lain masuk untuk menyebarkan maklumat yang tidak berasas maka penduduk merasa khuatir dan tidak mahu bekerjasama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan penduduk yang diarah mengosongkan unit sewaan di taman perumahan itu mengadakan demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan arahan berkenaan.

Mengulas lanjut, Chow menegaskan tindakan pengosongan itu tidak ada kaitan dengan perkauman tetapi berasaskan undang-undang sedia ada selain penduduk juga diberikan tempoh yang mencukupi untuk mereka berbuat demikian.

Beliau berkata, susulan pengeluaran notis itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan kediaman sementara bagi yang terlibat, namun sebilangannya terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu sehingga mengadakan demonstrasi tersebut.

Katanya, sebanyak tujuh daripada 22 unit yang terbabit dalam arahan itu dapat diambil balik Kerajaan Negeri selepas penyewanya menyerahkan unit berkenaan secara sukarela.

“Mungkin proses bagaimana kita hendak menguatkuasakan sesuatu keputusan ini, kalau perlu ditambah baik lagi kita akan bersedia untuk mengkaji semula,” katanya.

Sebelum ini, Chow dilaporkan berkata, penyewa PPR Taman Manggis diarah mengosongkan unit sewaan masing-masing selepas didapati mereka melanggar syarat mendiami PPR itu.

Antaranya tinggal melebihi tempoh ditetapkan iaitu lima tahun selain ada yang menerima pendapatan melebihi kelayakan.

Beliau berkata majoriti penduduk yang diarah keluar adalah mereka yang telah tinggal di situ antara 10 hingga 11 tahun.

Sebanyak enam penyewa mebabitkan kira-kira 40 anggota keluarga bertindak ‘menumpang’ di Komtar sejak Rabu selepas diarah mengosongkan unit sewaan masing-masing. #sumber


Demikianlah Artikel KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo

Sekianlah artikel KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/km-dakwa-dalang-hasut-penduduk-ppr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KM Dakwa Dalang Hasut Penduduk PPR Taman Manggis Demo"

Catat Ulasan

Loading...