Loading...
Judul : Individu Bergelar 'Datuk' Seleweng Dana AIAC Di Dakwa Esok !
link : Individu Bergelar 'Datuk' Seleweng Dana AIAC Di Dakwa Esok !
Individu Bergelar 'Datuk' Seleweng Dana AIAC Di Dakwa Esok !
PUTRAJAYA – Seorang individu bergelar Datuk dan pernah berkhidmat dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
Menurut sumber, lelaki berusia 63 tahun itu akan berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah dipercayai penyelewengan berkaitan pembelian buku.
Difahamkan, terdapat penyelewengan dalam kelulusan pembelian buku tersebut dianggarkan bernilai kira-kira RM1.01 juta dari 2016 hingga 2018.
“Kesalahan tersebut melibatkan kelulusan pembayaran pembelian (buku) menggunakan dana AIAC.
"Buku-buku itu adalah tulisan suspek sendiri berkaitan perundangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Suspek telah meletakkan jawatan sebagai pegawai kanan di AIAC pada hujung tahun lalu selepas kes tersebut disiasat SPRM.
Sebelum ini, suspek juga pernah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung perbuatan menggunakan dana kerajaan untuk mendapatkan bantuan menteri bagi memanjangkan kontraknya sebagai pengarah di badan antarabangsa itu.
Mahkamah Majistret Putrajaya di sini bagaimanapun menolak permohonan reman SPRM ke atas suspek dan mengarahkan lelaki itu dibebaskan. #sumber
Demikianlah Artikel Individu Bergelar 'Datuk' Seleweng Dana AIAC Di Dakwa Esok !
Sekianlah artikel Individu Bergelar 'Datuk' Seleweng Dana AIAC Di Dakwa Esok ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Individu Bergelar 'Datuk' Seleweng Dana AIAC Di Dakwa Esok ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/individu-bergelar-datuk-seleweng-dana.html
0 Response to "Individu Bergelar 'Datuk' Seleweng Dana AIAC Di Dakwa Esok !"
Catat Ulasan