Loading...

Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih

Loading...
Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih
link : Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih

Baca juga


Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih


PETALING JAYA - Perbuatan kejam seorang lelaki Bangladesh yang menoreh muka bekas kekasihnya berbalas selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Saidol Islam, 22, mengekalkan pengakuan bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Hukuman penjara dijalankan dari tarikh dia ditangkap. Dia dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman itu.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah pada bahagian muka Nur Zawatie Zainal Abidin, 24, dengan menggunakan pisau di hadapan lif bawah tanah Tropicana City Mall pukul 6.30 petang, 7 Februari lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pernah menjadi teman lelaki mangsa namun wanita itu terpaksa memutuskan hubungan itu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang panas baran malah sering memukulnya.

Ketika kejadian, lelaki itu mengekori mangsa dari belakang dan bertindak mengeluarkan pisau berukuran sembilan inci sebelum mengelar muka wanita itu dari belakang.

Tertuduh kemudian melarikan diri sebelum mangsa yang kesakitan menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa dibawa ke KPJ Damansara sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat pendarahan teruk di mukanya.

Akibat kejadian itu, mangsa yang masih lagi dirawat sehingga kini menerima 50 jahitan akibat koyakan pada pipi kanan sehingga kiri muka melalui atas bibir. #sumber


Demikianlah Artikel Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih

Sekianlah artikel Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/lelaki-bangla-di-penjara-10-tahun-toreh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki 'Bangla' Di Penjara 10 Tahun Toreh Muka Bekas Kekasih"

Catat Ulasan

Loading...