Loading...

Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta !

Loading...
Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta !
link : Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta !

Baca juga


Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta !


PUTRAJAYA - Sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor diarah ditutup serta-merta bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang diberitahu kelak susulan kejadian pembuangan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim pada Khamis lalu.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa guru, pelajar dan warga sekolah berikutan keadaan yang semakin kritikal.

"Saya telah mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini juga.

"Para guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan masih berbahaya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan sebanyak 13 buah sekolah di kawasan Pasir Gudang ditutup mulai semalam sehingga tarikh dimaklumkan kelak.

Arahan penutupan itu melibatkan empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan tujuh buah Sekolah Kebangsaan (SK) serta dua buah Sekolah Agama.

Sekolah yang terlibat ialah SMK Pasir Putih, SK Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 2, SK Perigi Acheh, SMK Kota Masai, SK Kota Masai 3, SK Taman Pasir Putih dan SK Kota Masai.

Selain itu, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih turut diarah ditutup. #sumber


Demikianlah Artikel Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta !

Sekianlah artikel Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/isu-pencemaran-kpm-arahkan-34-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Pencemaran: KPM Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta !"

Catat Ulasan

Loading...