Loading...
Judul : Yeo Bee Yin: Isu Pencemaran Tiga Suspek Akan Di Dakwa Esok
link : Yeo Bee Yin: Isu Pencemaran Tiga Suspek Akan Di Dakwa Esok
Yeo Bee Yin: Isu Pencemaran Tiga Suspek Akan Di Dakwa Esok
JOHOR BAHRU - Tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam isu pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim Khamis lalu bakal dihadapkan ke mahkamah esok.
Menteri Tenaga, Sains Teknologi, Inovasi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kertas siasatan berhubung kes terbabit telah pun diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada pagi ini.
“Mereka berhadapan pertuduhan dibawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM500,000 jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang akhbar di Menara Aqabah di sini, hari ini.
Bee Yin berkata, beliau turut meminta pandangan daripada peguam negara, Tommy Thomas berhubung isu ini memandangkan hukuman yang dikenakan kepada suspek di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1975 disifatkan tidak memadai dengan perbuatan suspek.
“Peguam negara memandang serius isu ini dan kita bercadang untuk membuat pertuduhan berganda termasuk melibatkan undang-undang dibawah Kanun Keseksaan.
“Kita juga bercadang untuk menuduh mereka (tertuduh) di mahkamah sekiranya didapati terdapat akta-akta yang berkaitan,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Yeo Bee Yin: Isu Pencemaran Tiga Suspek Akan Di Dakwa Esok
Sekianlah artikel Yeo Bee Yin: Isu Pencemaran Tiga Suspek Akan Di Dakwa Esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Yeo Bee Yin: Isu Pencemaran Tiga Suspek Akan Di Dakwa Esok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/yeo-bee-yin-isu-pencemaran-tiga-suspek.html
0 Response to "Yeo Bee Yin: Isu Pencemaran Tiga Suspek Akan Di Dakwa Esok"
Catat Ulasan